SHOPPE

Sindiket Jual Nombor Giliran Di JPJ Telah Wujud Sekian Lama?

Share:
Sindiket Jual Nombor Giliran Di JPJ Telah Wujud Sekian Lama?


SEBELUM ini, Mynewshub ada terdengar khabar angin yang dakwa, sebuah pusat perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) tercemar dengan kehadiran beberapa kumpulan sindiket yang menjalankan kerja jual nombor angka giliran.




Perkara tersebut pada mulanya sukar untuk dipercayai disebabkan beberapa faktor yang kami rasakan adalah karut difikirkan logik akal mengatakan siapa sahaja yang berani menjadi ulat tiket di tempat agensi kerajaan itu.

Namun, baru-baru ini pengalaman seorang pengguna Facebook yang menceritakan pengalamannya dipelawa oleh seorang ulat tiket di sebuah cawangan JPJ betul-betul mengubah tanggapan kami.





Pengguna akaun Facebook, E-en Barbarra La’ Perez berkongsikan pengalaman ketika sedang menunggu giliran untuk memperbaharui lesennya di cawangan JPJ Padang Jawa, Selangor apabila seorang wanita India telah menawarkannya nombor angka giliran yang lebih awal dengan berharga RM50.

Menurut perkongsiannya juga, dia mengatakan bukan setakat perempuan India itu sahaja yang menjadi ulat tiket, dikatakan terdapat beberapa lagi geng-geng aunty tersebut sedang menunggu untuk mencari mangsa.

Baharulah kami perasan, patut lah angka giliran mencecah ribu-ribu, padahal orangnya tidak lah ramai mana!

Persoalannya, bagaimanakah golongan sindiket ini mampu mendapatkan angka giliran yang awal dan stok angka giliran yang banyak?

Adakah terdapat ‘orang dalam’ JPJ yang bersepakat dengan tahi tiket ini? Tak mungkin… Tak mungkin.!

Jadi dalam kes ini pada siapa kita hendak persalahkan? Adakah pihak JPJ yang perlu dipersalahkan akibat tidak peka atau pengawal keselamatan yang memberi muka dan bersekongkol dengan mereka?

Jujurnya, kami melahirkan kekecewaan dengan berita mengenai ulat tiket yang nampaknya sudah begitu berani tanpa menghiraukan kawasan yang sebegitu ketat dijaga ini.

Kepada pihak JPJ, di manakah kredibiliti anda sebagai salah sebuah jabatan yang berpengaruh lagi berintegriti, berkenaan hal ini?




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah