Baru berusia 13 dan 14 tahun namun dua remaja perempuan di Britain ini tidak dinafikan mempunyai perangai buruk, umpama setan.
Mereka layak dipanggil setan kerana kekejaman yang dilakukan ke atas seorang wanita.
Dua remaja terbabit bukan hanya menyeksa wanita berkenaan, Angela Wrightson, 39, malah mereka turut menghumban peti televisyen ke atasnya ketika dia sedang nazak.
Mayat Angela ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu oleh pemilik rumah sewanya pada Disember 2014, dengan mengalami 103 kecederaan termasuk 80 di bahagian muka.
Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan ke atas dua remaja itu di mahkamah di Leeds.
Serangan itu dikatakan berlaku lebih lima jam pada lewat malam Isnin, 8 Disember 2014 dan tidak diketahui bila waktunya Angela meninggal dunia.
Dua remaja itu yang tidak boleh dinamakan, dikatakan menggunakan pelbagai barang sebagai senjata termasuk televisyen, pencetak komputer, penyodok, batang kayu, meja kopi dan cerek.
Mereka dikatakan memasuki rumah wanita berkenaan dan menyerangnya, sebelum berehat seketika dan kembali semula melakukan perbuatan itu selama dua jam.
Mayatnya ditinggalkan dalam keadaan tidak bermaruah iaitu dalam keadaan gelap, separuh bogel di atas sofa dengan darah dan barang-barang yang pecah berselerak dalam ruang tamu itu.
Menurut pendakwa raya, darah, kulit dan rambut Angela ditemui di beberapa tempat dengan ada antaranya yang telah rosak dalam serangan itu.
Kedua-dua gadis berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Perbicaraan bersambung.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)