Sangkanya Brad mahu melamarnya kerana kekasihnya itu memegang bersama kotak kecil. Namun sangkaan Jenny meleset apabila Brad sebaliknya memberitahu “tolong buatkan saya teh’’.
Jenny yang marah kemudiannya telah mengambil kotak itu dan melemparnya sebelum masuk ke dalam bilik.
Bagaimanapun Brad memberitahu FEMAIL bahawa Jenny telah memaafkannya 20 minit selepas itu dan membuat teh untuk Brad.
“Saya mendapat secawan teh dalam masa 15 ke 20 minit.
“Dia rasa jelik mengenainya tetapi dia tahu apa yang saya suka,’’ kata Brad. Pasangan itu mula berpacaran sejak enam bulan lalu.
Jelas Brad dia memujuk Jenny dengan memeluk dan mengurut belakang badannya.
“Saya berjanji kepada Jenny bahawa saya akan melamarnya tahun ini, sebab itu dia percaya dengan gurauan saya ini,’’ katanya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)