SHOPPE

Demi Untuk Selamatkan Abang Sakit Leukemia Gadis Cantik Ini Tawar Jual Dara

Share:
Demi Untuk Selamatkan Abang Sakit Leukemia Gadis Cantik Ini Tawar Jual Dara



HANGZOU (China) – Seorang pelajar perempuan di sini cuba menjual dara kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan abangnya yang menghidap leukemia.




Pelajar yang dikenali sebagai Xu Yanhua, 19, dilihat berada di dalam kereta api di sini dan memegang sepanduk bagi menjual dirinya pada harga 200,000 yuan (RM127,676).

Sepanduk itu tertulis, “Rawatan itu mencecah lebih 200,000 yuan dan keluarga saya tidak mampu. Ada sesiapa yang baik hati yang boleh menyelamatkan abang saya.”

Portal berita 63.com melaporkan, Yanhua turut mendakwa memiliki surat dari doktor bagi membuktikan dia masih dara.

Yanhua memberitahu wartawan, abangnya yang berusia 23 tahun disahkan menghidap leukemia tiga tahun lalu dan keluarganya terlalu miskin untuk menampung kos rawatan berkenaan.

Katanya, keluarganya menggunakan semua wang simpanan untuk prosedur pemindahan tulang sumsum tetapi abangnya menunjukkan kesan negatif.

“Kesihatan abang saya semakin menurun dan saya tiada pilihan lain untuk mencari wang bagi menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada yang tampil untuk membantunya.

Wartawan 63.com yang melawat abang Yanhua di Hospital Rakyat Zhejiang mendapati keadaan kesihatan lelaki itu semakin menurun.

Kuku lelaki itu mula tercabut dan dia juga tidak boleh mengalirkan air mata lagi.

Apa yang menyedihkan, dia dan keluarganya tidak mengetahui Yanhua mahu menjual dara untuk menyelamatkannya. – Agensi/myMetro Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah