ADALAH menjadi detik hitam bagi mana-mana pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan namun salah seorang daripada mereka tidak muncul-muncul pada hari bersejarah itu.
Walau bagaimanapun, seorang wanita, Zhang Dongfang dari wilayah Guizhou, China, sanggup berkahwin sendirian meskipun tanpa kehadiran pasangannya.
Beberapa foto kenangan majlis perkahwinan Dongfang yang dirakam bersama saudara-mara dan rakan-rakannya dilihat meninggalkan ruang kosong di sebelahnya untuk pengantin lelaki yang tidak hadir.
ZHU JUNZAI
Menurut sebuah laman tempatan negara itu, Dongfang bersetuju berkahwin sendirian minggu lalu setelah pasangannya Zhu Junzai terpaksa menghadiri pertandingan Special Weapons And Tactics (SWAT) pada hari persandingan mereka.
Junzai telah menyertai pasukan SWAT sejak 2010 dan telah terlibat dalam beberapa misi menyelamat dan menangkap suspek jenayah berat.
Malah difahamkan pasangan ini telah merancang untuk mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu namun atas tuntutan kerja Junzai, mereka terpaksa menundanya.
Tindakan Junzai yang tidak menghadiri majlis perkahwinan itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan pengguna laman sesawang negara itu.
Seorang netizen berkata, “Ia hanyalah pertandingan SWAT sahaja. Bukannya misi penting. Hadir ke majlis perkahwinan sendiri adalah lebih penting.”
Manakala netizen lain pula berkata, “Saya tidak akan sesekali berkahwin dengan lelaki yang tidak kisah untuk menghadiri majlis kahwin sendiri.”
Kemudian diikuti dengan seorang yang lain,“Ia menunjukkan yang perempuan itu sangat mencintai pasangannya,” ujarnya.
“Lelaki itu bakal dinaikkan pangkat,” tambah yang lain pula.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)