DUA remaja yang juga sepasang kekasih berusia 15 tahun mengejutkan ramai apabila menembak polis sebelum membunuh diri.
Lebih mengejutkan kejadian itu disiarkan oleh remaja berkenaan secara ‘live-streamed’ melalui aplikasi Periscope.
Remaja lelaki itu dikenali sebagai Denis Muravyov manakala kekasihnya adalah Katya. Denis sebelum itu telah menembak kaki ibu Katya disebabkan wanita terbabit memarahinya kerana tidur di rumah mereka.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan ialah polis yang mengepung rumah tersebut dan dalam salah satu aksi lain, Katya dilihat mengacukan senapang ke kepala Denis.
Dalam mesej terakhir mereka, Denis menulis dalam laman media sosial Rusia, VK : “Saya sayangkan awak, tetapi awak tidak sedar bagaimana awak telah memusnahkan minda dan hidup saya.
“Selamat tinggal semua, kawan dan keluarga. Jangan bimbang, saya akan keluar dengan bergaya. Selamat maju jaya kepada hidup awak dan tolong jangan takut untuk menjalani kehidupan.
“Hidup untuk berseronok – inilah kehidupan terbaik. Saya sayangkan awak”.
Denis turut memberitahu, jika mereka tidak menyerah diri, mereka akan mati tetapi jika mereka berbuat demikian maka mereka tidak akan bertemu satu sama lain lagi.
Sementara itu, polis tiba di rumah berkenaan selepas mendapati laporan mengenai kehilangan seorang remaja namun tidak menyangka mereka akan diserang hendap.
Polis juga mengambil masa selama sejam untuk memujuk pasangan berkenaan sebelum memecah masuk ke rumah itu dengan menggunakan bom tangan.
Namun selepas mereka memecah masuk, pasangan remaja itu sudahpun meninggal dunia.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)