SHOPPE

Salah Hantar Mesej Kepada Pemuda Mesej Dari Nenek Ini Jadi Viral

Share:
Salah Hantar Mesej Kepada Pemuda Mesej Dari Nenek Ini Jadi Viral



AKIBAT salah menghantar mesej kepada individu yang tidak dikenali, seorang nenek menjadi bualan hangat di media sosial baru-baru ini.




NBC News dah Fox Tv melaporkan, Wanda Delch dikatakan tersilap menghantar mesej kepada Jamal Hinton dengan menjemputnya makan malam sempena Hari Kesyukuran di rumahnya.

Hinton yang berusia 17 tahun terkejut apabila menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali mengenai jemputan makan malam pada jam 3 petang.


“Saya fikir mungkin tersalah nombor atau nenek saya sudah pandai menggunakan telefonnya,” katanya.

Remaja yang bersekolah di Phoenix, Arizona itu berkata selepas menerima mesej dia meminta nenek tersebut menghantar gambar.


Bagaimanapun, dia terkejut apabila gambar tersebut bukanlah nenek dan orang asing.

“Anda bukan nenek saya. bagaimanapun boleh tak saya dapatkan makanan itu,” katanya menjawab mesej itu dengan tujuan berjenaka.

Jawapan Delch benar-benar membuatkan netizen terharu apabila dia tetap menjemput Hinton meraikan Hari Kesyukuran walaupun bukan ahli keluarga.

“Sudah tentu boleh, itu yang akan dilakukan seorang nenek, pastikan semua orang makan,” balasnya.


“Saya perlu memikirkan berapa besar ayam belanda yang perlu disediakan untuk 20 orang,” kata Delch.

Kisah nenek ini dilaporkan Buzzfeed pada Rabu lalu dan menjadi viral apabila dilihat lebih 2 juta orang dan retweet sebanyak 120,000 kali di Amerika Syarikat.

Walaupun kedua-dua individu ini tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kisah mereka telah menyentuh hati rakyat AS.

Tonton video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah