SHOPPE

Pekerja Kena Makan Ulat Jika Hasil Jualan Tidak Capai Target

Share:
Pekerja Kena Makan Ulat Jika Hasil Jualan Tidak Capai Target


SEKUMPULAN pekerja sebuah syarikat pemasaran di China dipaksa makan ulat oleh majikan setelah gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.




Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah dataran di Hanzhong, wilayah Shaanxi pada 8 November lalu kata Daily Mail memetik Huanshang Daily.

Menerusi foto yang tersebar, para pekerja terdiri daripada lelaki dan wanita memakai uniform kuning berkumpul di dataran bandar berkenaan.

Mereka dipaksa minum Baijiu, iaitu sejenis arak China yang dicampur dengan ulat sambil disaksikan oleh 50 hingga 60 rakan sekerja yang lain.

Tambah laman itu, seorang lelaki dipercayai supervisor dilihat membawa dua bungkusan plastik mengandungi sejumlah ulat hidup bersama copstik, cawan plastik dan dua botol Baijiu.


Menurut salah seorang pekerja syarikat itu kepada Huanshang Daily, “Hari ini kami dihukum memakan ulat sebanyak empat ekor untuk seorang pelanggan yang terlepas.”

Seorang pekerja wanita yang sedang mengandung turut menjadi salah seorang pekerja ‘malang’ yang terpaksa menerima hukuman itu.

Walau bagaimanapun, dia enggan melakukannya kerana takut mengalami komplikasi pada kandungannya sehinggalah seorang rakan sekerja lelaki mengantikan tempatnya.

“Saya tidak boleh makan ulat atau minum arak sekarang melainkan saya tidak mahu anak ini,” katanya.

Hukuman yang dilakukan di tempat awam itu telah menarik perhatian beberapa orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Malah difahamkan hukuman kejam seperti ini bukan yang pertama dilakukan oleh majikan terhadap kakitangannya.

“Selain ulat, kami pernah dipaksa makan sotong hidup dan semut,” dedah salah seorang pekerja kepada Huanshang Daily.

Walau bagaimanapun, majikan syarikat itu mempertahankan tindakannya dengan mendakwa ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti kakitangannya.

Malah hukuman sedemikian telah mendapat persetujuan daripada pekerjanya sendiri sekiranya mereka gagal mencapai sasaran jualan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah