SHOPPE

Gambar Fattah Amin Masa Muda-Muda Bakal Buat Anda Tercengang

Share:
Gambar Fattah Amin Masa Muda-Muda Bakal Buat Anda Tercengang


KEMUNCULAN pelakon Fattah Amin dalam industri hiburan bukanlah masih baharu, namun populariti dikecapi kini tiba-tiba naik mendadak hingga mencetuskan fenomena apabila dirinya digilai ramai gadis.





Semuanya dek kerana lakonan romantisnya sebagai Kapten Ejaz dalam drama Suri Hati Mr Pilot gandingan bersama Neelofa.




Walaupun tayangan drama itu sudah berakhir, impak lakonannya masih lagi dirasai membuatkan peminat tidak sabar-sabar menantikan karya seterusnya.

Kegilaan peminat terhadapnya turut merebak di laman sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter apabia wajah-wajah kacaknya memenuhi timeline termasuk ada yang sanggup menukar gambar profile kepada gambar aktor berbadan sasa itu.

Dalam populariti luar biasa yang dikecapi Fattah kini, gambar lama semasa zaman persekolahannya tiba-tiba tersebar di Twitter.



Menerusi gambar itu, Fattah yang berada bersama rakan-rakannya mengenakan pakaian seragam sekolah kelihatan selekeh dan kurus kering, jauh berbeza dengan penampilannya kini yang nampak lebih kacak dan berbadan tegap.

Pendek kata, peningkatan usia dan perkembangan hidup Fattah seiring dengan perubahan penampilan dalam penglibatannya dalam industri hiburan.

Sebagai contoh, imbas sahaja penampilannya dahulu dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Adrian. Langsung tidak menarik perhatian bukan?

SEMASA LAKONAN ‘PLAYBOY ITU SUAMI AKU’


BERSAMA-SAMA RAJA ILYA DALAM DRAMA BERSIRI GERAK KHAS.

Apa pun, syabas diucapkan pada Fattah kerana usaha kerasnya untuk merubah diri akhirnya membuahkan hasil.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah