SHOPPE

Pasangan Gay Meliwat Bakal Dibenarkan Di Kanada

Share:
Pasangan Gay Meliwat Bakal Dibenarkan Di Kanada



DALAM banyak-banyak undang-undang yang perlu diolah semula, Kanada pilih yang ini juga.




Kerajaan negara itu bakal meminda kembali undang-undang terhadap seks anal, atau dalam erti lainnya, meliwat atau persetubuhan yang melibatkan penetrasi alat kelamin lelaki ke dalam dubur pasangannya.

Sebelum ini, sesiapa yang didapati bersalah melakukan liwat ini akan dipenjarakan selama 10 tahun.

Namun, undang-undang ini dianggap pelik oleh rakyat Kanada kerana merasakan ianya satu bentuk diskriminasi terhadap lelaki homoseksual.

Undang-undang di bawah Seksyen 159 di dalam Akta Jenayah Kanada itu menggariskan bahawa:

“Setiap individu yang melakukan persetubuhan secara meliwat akan didakwa melakukan kesalahan dan akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 10 tahun, atau bersalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara.”

Bagaimanapun, undang-undang ini dikecualikan terhadap pasangan heteroseksual yang sudah berkahwin dan antara orang dewasa dari mana-mana jantina yang bersetuju untuk melakukan aktiviti tersebut serta berumur 18 tahun keatas.

Namun, meliwat secara automatik salah di sisi undang-undang jika terdapat lebih daripada dua orang di dalam perimeter ruang aktiviti itu dilakukan.

Usia keizinan di Kanada adalah 16 tahun, yang bermakna meliwat telah sememangnya seakan-akan “dianaktirikan” di sisi undang-undang berbanding bentuk-bentuk aktiviti seksual yang lain.

Perubaahan undang-undang tersebut bermula dengan laporan yang dibuat oleh badan amal kaum lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) Egale, yang menggesa kerajaan untuk memansuhkan seksyen itu.

Kata Douglas Elliott, seorang peguam dan aktivis hak-hak gay yang mengarang laporan itu, kepada The Globe dan Mail: “Ramai rakyat Kanada berfikir bahawa apabila Pierre Trudeau berkata ‘negeri ini tidak mempunyai urusan di dalam bilik tidur sesiapa’ pada tahun 60-an dahulu, itu bermakna sudah tiba masanya undang-undang ini dimansuhkan.

Mungkin Elliot lupa bahawa terdapat banyak lagi undang-undang di Kanada yang lebih pelik daripada pengharaman meliwat antara pasangan homoseksual.

Di bandar Petrolia, Ontario, penduduknya diharamkan daripada menjerit, bersiul atau menyanyi antara jam 11 malam hingga 7 pagi, manakala penduduk negara itu tidak dibenarkan untuk menjemur kain di atas tali jemuran kerana….rupanya yang menyakitkan pandangan mata.

Implikasi pembenaran aktiviti meliwat ini adalah jangkitan penyakit kelamin lebih mudah dihidapi, tersebarnya penyakit auto-imun seperti HIV/AIDS dan hepatitis sertamemberi tanggapan bahawa meliwat merupakan sesuatu yang semulajadi dan tidak melawan norma kehidupan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah