SHOPPE

Kesan Gigitan Cinta Di Leher Yuna?

Share:
Kesan Gigitan Cinta Di Leher Yuna?


TIDAK mahu peminat terus salah sangka, penyanyi Yuna tampil menjelaskan kesam lebam yang terdapat pada lehernya adalah disebabkan gigitan labah-labah dan bukan ‘gigitan cinta’.




Ini susulan, sekeping gambar miliknya  yang menampakkan lehernya mempunyai kesan lebam tersebar menjadi viral.


Menurut Yuna, kesan merah itu timbul akibat alahan pada kulit selepas digigit serangga itu pada lima minggu lalu.

“Ini bukan gigitan cinta tetapi kesan daripada gigitan labah-labah ketika konsert jelajah di Alabama, Amerika Syarikat pada lima minggu lalu.

“Ia bukan sahaja di leher tetapi juga di wajah dan tangan saya yang turut digigit ketika sedang tidur,” ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, Yuna akui dia mengalami bengkak dan gatal-gatal selama seminggu kesan daripada gigitan serangga itu.

Gambar kontroversi itu dirakam Sabtu lalu ketika Yuna menghadiri konsert Rockaway di Kuala Lumpur.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah