SHOPPE

Jadi Viral Video Wartawan Dikejar Anjing Ketika Bertugas

Share:
Jadi Viral Video Wartawan NTV7 Dikejar Anjing Ketika Bertugas



SEBUAH video memaparkan seorang wartawan NTV7 dikejar anjing semasa membuat liputan enam tahun lalu tersebar menjadi viral di laman sosial.




Video berdurasi 13 saat itu membuatkan para netizen yang menyaksikannya terdekah-dekah ketawa geli hati.

Difahamkan, video itu dimuat naik oleh rakan sekerja mangsa, Sarah Abdullah Al Qudsi di laman Facebooknya pada 24 September 2011, sebelum kembali menjadi viral kini.



Menerusi video itu, wartawan berkenaan iaitu Mastura Malak dilihat sedang membuat liputan mengenai isu air di hadapan sebuah rumah pam, tanpa menyedari dua ekor anjing sedang berlari dari arah belakangnya.

Dia yang terkejut dengan kehadiran anjing berkenaan, kemudian sempat menjerit ‘Mak!’ sebelum rakaman itu terhenti.

Jurukamera yang merakam video itu juga difaham segera melarikan diri apabila melihat anjing berkenaan berlari kearah mereka.

Akibat insiden itu, Mastura menjadi bahan ketawa rakan-rakan selama beberapa minggu.

Menurut maklumat yang kami terima di laman sosialnya, Mastura tidak lagi bekerja sebagai wartawan NTV7. Namun, kini sedang sibuk dengan perniagaan sendiri.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah