SHOPPE

Kejam!!!...KlipVideo Pemilik Kedai Bertalu-Talu Ditetak Parang Penyamun

Share:
Kejam!!!...KlipVideo Pemilik Kedai Bertalu-Talu Ditetak Parang Penyamun



JOHOR BAHRU – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian samun membabitkan seorang pemilik kedai runcit diserang dua lelaki bersenjatakan parang viral di laman sosial sejak semalam.




Dalam kejadian pada Rabu di sebuah kedai runcit di Kampung Melayu Majidee, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dilihat cuba mempertahankan kedainya daripada disamun dua suspek tersebut.

Menerusi rakaman, suspek berjaket biru menyerbu masuk ke kedai, bertindak menjatuhkan barang membuatkan beberapa pelanggan lain lari ketakutan.

Tak berapa lama kemudian rakan suspek yang berjaket hitam turut sama memasuki kedai dan mula menyerang mangsa serta memaksanya menyerahkan wang.

Malangnya, mangsa enggan menuruti permintaan mereka lalu menolak badan salah seorang suspek.

Berang dengan tindakan pemilik kedai itu, kedua suspek terus melibas mangsa dengan parang beberapa kali dan mangsa cuba mengelak dan menepis libasan parang itu dengan tangan.

Dalam kesempatan itu, suspek berjaket hitam masuk ke bahagian kaunter dan mengambil sejumlah wang yang ada masuk ke dalam poket seluarnya.

Mangsa kemudian berhenti melawan apabila menyedari dirinya mengalami pendarahan di bahagian tangan dan kepala menyebabkannya terpaksa membiarkan dua suspek itu menyamun kedainya sebelum berlalu pergi.

Sementara itu, netizen di media sosial memuji keberanian pemilik kedai itu namun tindakannya itu adalah sangat berbahaya buat dirinya.

Seorang pengguna Facebok, Norwaty Elias mengulas,“Gila berani uncle ni, bertalu-talu kot dia kena, hope dapat tangkap dua penyamun haram jadah ni and harap diorang kena parang balik macam uncle ni kena.

“Mohon polis tembak mati terus je penjenayah macam ni.. jangan pedulikan perasaan family diorang,” tulis Mohd Razif Abdul Manap.

“Pakcik ni berani sangat, tapi bahaya lah, silap-silap boleh hilang nyawa, mohon polis tolong tangkap cepat-cepat dua penyamun ni #silameninggalpenyamun,” tulis Bolkin Shazwan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah