SHOPPE

Isteri Selalu Curang Lelaki Ini Guna Dron Untuk Menangkap Isterinya

Share:
Isteri Selalu Curang Lelaki Ini Guna Dron Untuk Menangkap Isterinya



SEORANG suami di Amerika Syarikat (AS) yang mengesyaki isterinya berlaku curang, berjaya ‘menangkap’ isterinya itu dengan menggunakan drone.




Lelaki itu mengesan kecurangan isterinya apabila melihat wanita itu menaiki kereta lelaki lain, selepas berjalan kaki dari rumah mereka.

“Jika anda melihat dengan teliti, anda akan dapat melihat 18 tahun (perkahwinan) sia-sia sahaja,” katanya dalam video yang dimuat naik menerusi YouTube.

Lelaki itu yang menamakan dirinya AOG berkata, dia mengesyaki isterinya itu berlaku curang selepas wanita berkenaan berkelakuan pelik.

Malah dia turut menerima panggilan yang memberitahu ada sesuatu yang berlaku, dan selepas dua kali mengekori isterinya, dia tidak menemui bukti.

Susulan itu dia mendapat idea, menggunakan drone untuk mengekori isterinya dan selepas mendapat bukti berkenaan, ia dimuat naik dalam media sosial.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita yang berpakaian hitam, keluar dari sebuah rumah di satu tempat di AS menuju ke sebuah pasar raya.

Wanita itu bagaimanapun kemudian berjalan ke simpang bertentangan dengan pasar raya terbabit dan menuju ke sebuah kenderaan. Tidak lama kemudian seorang lelaki bertemu dengan wanita itu.

Bagaimanapun tidak semua netizen yang simpati kepada lelaki terbabit dan ada yang menyifatkan ia sebagai taktik pengiklanan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah