SHOPPE

Klip Video Bapa Tiri Tahap Syaitan Tendang Dan Sepak Murid

Share:
Klip Video Bapa Tiri Tahap Syaitan Tendang Dan Sepak Murid


BAGAIKAN tiada kasih sayang mahupun erti kemanusiaan, seorang lelaki tergamak menendang dan menyepak seorang kanak-kanak dengan kuat hanya kerana tidak pandai membaca.




Kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan sebuah sekolah di wilayah Phitsanulok, utara Thailand, kelmarin.

Menurut ibu saudara mangsa, Maleen Park Pi mengatakan kejadian berlaku ketika anak saudaranya itu dijemput pulang dari sekolah oleh lelaki terbabit yang merupakan bapa tiri murid berkenaan.


“Anak saudara teruk dikerjakan bapa tiri, apa yang perlu saya lakukan? Saya sudah membuat laporan polis di Phitsanulok,” tulis Maleen menerusi pautan video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Menerusi rakaman CCTV, dapat dilihat mangsa yang difahamkan tersalah membaca ejaan pada buku yang dipegangnya sebelum tiba-tiba dihentak secara ganas oleh lelaki berkenaan pada bahagian belakang kepalanya.

Malah lelaki berhati syaitan itu turut menendang dada mangsa yang sedang tersungkur di atas jalan.

Mangsa terus menangis dan tidak dapat bangun sehinggalah orang ramai yang berada di tempat kejadian tampil bagi menghalang dan menenangkan lelaki ‘baran’ berkenaan.

Video kejadian yang cukup menyayat hati itu bagaimanapun telah tersebar secara luas sehingga mencetuskan kemarahan ramai netizen tempatan.

Pihak polis Thailand yang telah dimaklumkan mengenai kejadian dikatakan sedang memburu suspek untuk diambil tindakan undang-undang.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah