SHOPPE

Pelakon Bollywood Cantik Dan Seksi Mallika Sherawat Diserang Di Paris

Share:
Pelakon Bollywood Cantik Dan Seksi  Mallika Sherawat  Diserang Di Paris


Bintang  Bollywood, Mallika Sherawat, 40, dan kekasihnya telah diserang dan ditumbuk di muka serta disembur gas pemedih mata oleh penyerang di blok apartmen yang mereka diami di Paris. Serangan itu berlaku sebulan selepas bintang realiti, Kim Kardashian dirompak di apartmennya di City of Light.




Malikka dan kekasihnya yang juga warga Perancis dan seorang ahli perniagaan, Cyrille Auxenfans, 45, diserang oleh tiga lelaki yang memakai topeng ketika mereka cuba meragut beg tangannya.

Pasangan itu memberitahu polis, lelaki terbabit telah menyerang mereka di lobi bangunan apartmen tersebut. Kejadian berlaku pada 11 November lalu.

Susulan itu siasatan jenayah telah dilancarkan namun agak pelik kerana perompak terbabit melarikan diri dengan tangan kosong meskipun mereka cuba merampas beg tangannya.

“Kami tidak faham kenapa penyerang melarikan diri tanpa mengambil apa-apa,’’ kata sumber dalam penyiasatan itu kepada AFP.

Pada 3 Oktober lalu, Kim Kardashian telah dirompak oleh lima perompak yang berjaya melarikan barang kemas bernilai jutaan ringgit.

Malikka, atau nama sebenarnya Reema Lama yang juga seorang model telah membintangi beberapa filem Bollywood dan lantang bersuara dalam mempersoalkan mengenai hak wanita di India.

Malah dalam festival Filem Cannes tahun ini, dia telah memberitahu majalah Varity bahawa “India adalah masyarakat yang hipokrit di mana wanita benar-benar di berada (tahap) bawah berbanding lelaki’’.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah