ANAK tak sedar dek untung. Itulah kata-kata yang patut diberikan kepada seorang pemuda kerana tergamak bertindak memukul kedua orang tuanya gara-gara permintaannya tidak dipenuhi.
Satu rakaman video berdurasi kurang 30 saat memaparkan insiden seorang pemuda memukul ibu bapanya di hadapan sebuah pejabat jualan hartanah di Harbin, China menjadi viral menerusi laman sesawang negara itu.
Difahamkan, pemuda kurang ajar itu berasa berang dengan orang tuanya kerana hanya mampu menghadiahkan sebuah pangsapuri kecil sebagai hadiah perkahwinannya.
Menerusi video yang tersebar, pemuda yang memakai baju sejuk berwarna kelabu dilihat memukul, menendang dan menampar ibu bapanya yang sudah lanjut usia di hadapan khalayak ramai.
Kebiadapan pemuda itu telah mencetuskan rasa amarah warga sekitar yang menyaksikan kejadian tersebut apabila mereka mendapati si anak sanggup bertindak kasar terdapat orang tuanya.
Hal itu menyebabkan orang awam yang berada di sekitar turut mengambil pendirian untuk menghukum pemuda berkenaan sekiranya pihak berkuasa bandar itu tidak melakukan sebarang tindakan ke atasnya.
Suspek cuba melarikan diri, namun orang awam sempat menghalangnya dan menyerahkannya kepada pihak polis.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)