SEBUAH majlis perkahwinan di Ghana gempar apabila seorang ‘tetamu’ tidak diundang muncul memporak-perandakan majlis yang sedang berlangsung.
Kehadiran seorang wanita lengkap mengenakan busana cantik persis pengantin wanita yang sedang melangsungkan majlis pernikahan mengejutkan para hadirin yang berada di dalam dewan berkenaan.
Menurut sebuah laman berita antarabangsa, ‘tetamu’ tidak diundang itu merupakan kekasih gelap kepada pengantin lelaki yang datang untuk menuntut haknya.
Video berdurasi hampir satu minit itu dimuat naik oleh Ghana Audio Visual News, memaparkan suasana gamat di dalam dewan pernikahan apabila kekasih gelap itu cuba mendekati pasangan pengantin berkenaan namun dihalang oleh seorang pengapit lelaki.
Malah kedengaran suara tetamu lain bersorak tatkala wanita berkenaan merampas mikrofon dan memulakan ‘ucapannya’ mendakwa pengantin lelaki itu sebenar seorang buaya darat (playboy).
Pihak pengantin cuba menghalaunya keluar dari dewan namun wanita itu enggan malah meneruskan ‘ucapannya’.
Pasangan pengantin itu hanya mendiamkan diri tatkala mendengar pengakuan wanita terbabit.
Walau bagaimanapun, laman itu tidak menyatakan pengakhiran ‘drama’ tersebut sama ada pasangan pengantin berkenaan meneruskan pernikahan mereka ataupun membatalkannya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)