SHOPPE

Warga Jepun Mati Tercekik Onigiri Ketika Sertai Pertandingan

Share:
Warga Jepun  Mati Tercekik Onigiri Ketika Sertai Pertandingan



SEORANG warganegara Jepun berusia 28 tahun meninggal dunia akibat tercekik bebola nasi dalam satu pertandingan makan paling pantas yang diadakan di barat bandar Hikone, Jepun.




Penganjur acara tersebut, koperasi petani tempatan dalam kenyataan pada 22 November, menjelaskan mangsa lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meninggal dunia pada 16 November di hospital tiga hari kemudian selepas tercekik.

Di dalam acara berkenaan para peserta perlu bersaing kepantasan untuk memakan lima bebola nasi kukus atau ‘onigiri’ iaitu sejenis makanan ruji popular masyarakat Jepun.

Difahamkan mangsa telah menyumbat bebola nasi yang kelima ke dalam mulutnya sebelum pengsan lalu dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Peraduan itu disertai oleh tiga kumpulan yang dianggotai lima peserta bagi setiap satu kumpulan.

“Kumpulan pertama dan kedua berjaya menamatkan acara berkenaan dan ketika melihat kumpulan ketiga beraksi, kejadian yang tidak dijangka ini berlaku,” kata wakil penganjur yang tidak mahu namanya didedahkan.

Pertandingan makan dengan pantas merupakan acara popular di pelbagai pesta daerah di Jepun bagi mempromosikan hasil tempatan dan budaya negara itu.

Peserta Jepun yang tidak asing lagi dalam acara seumpama itu, Takeru Kobayashi yang pernah menjuarai peraduan makan sosej tahunan di New York telah memuat naik twit memberi peringatan kepada peserta amatur yang cuba mengambil bahagian dalam peraduan yang serupa.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah