SHOPPE

Pilot Wanita China Yang Cantik Maut Nahas Jet Pejuang

Share:
Pilot Wanita China Yang Cantik Maut Nahas Jet Pejuang


SALAH seorang juruterbang pejuang wanita pertama China dan ahli pasukan aerobatik tentera udara negara itu terbunuh dalam kemalangan semasa latihan pada hujung minggu lalu.




Kapten Yu Xu yang berusia 30 tahun meninggal dunia Sabtu semasa penerbangan latihan rutin dengan pasukan aerobatik, menurut laporan media tempatan.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, jet yang dikemudi Yu Xu dan seorang juruterbang lelaki terhempas dan mangsa tidak sempat keluar dari pesawat pada waktu yang tepat.

Juruterbang lelaki terlibat bagaimanapun sempat keluar dan terselamat.


MENDIANG YU XU (KIRI) JUGA AMAT POPULAR DI MALAYSIA,DI LIHAT DI SINI SEDANG BERGAMBAR DENGAN PEMINATNYA DI LIMA, PULAU LANGKAWI TAHUN LALU.

Ketika kejadian, mangsa sedang mengemudi jet pejuang jenis J-10.

Tentera China tidak memberikan butiran terperinci tentang kemalangan yang berlaku di wilayah Hebei itu, namun keterangan daripada tentera dan saksi mendapati Yu tercampak keluar dari pesawat selepas ia berlanggar dengan pesawat yang lain semasa latihan.

Selepas pelemparan, sayap pesawat lain terlanggar tubuh Yu sekali gus membunuh beliau, menurut laporan dari China Daily.

Yu yang lahir di Chengdu adalah sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1.

Beliau merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang mampu menerbangkan jet pejuang domestik di China.

Kotak hitam dari jet Yu telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasat kemalangan itu, lapor China Daily.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah