SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Elisya Sandha Adik Kepada Artis Fasha Sandha

Share:
Biodata Dan Profile Lengkap Elisya Sandha Adik Kepada Artis Fasha Sandha

Elisya Sandha

Biodata Elisya Sandha, Anda mesti anda tertanya siapa Elisya Sandha ini? Beliau adalah pendatang baharu dalam industri seni Malaysia ini, yang mana beliau sangatlah berbakat besar dalam bidang lakonan. Aktif berlakon sejak beliau berusia 15 tahun lagi, figura cantik ini juga merupakan adik kepada artis popular tanah air yang sudah sekian lama dikenali iaitu Fasha Sandha.

“Angah (Fasha Sandha) tidak pernah menjual nama saya kepada pengarah-pengarah drama mahupun filem kerana dia mahu adiknya berdiri sendiri di atas bakat serta kemampuan yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana faktor. Saya juga menolak andaian pihak yang mempertikaikan perjalanan seni yang dilalui dengan mudah kerana saya juga perlu menjalani ujibakat seperti mana artis-artis yang lain yang masih baru dalam industri ini,” – Elisya Sandha

Elisya bakal digandingkan dengan Zoey Rahman, drama terbaru lakonannya iaitu Mat Rukun akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Berikut Adalah Serba Sedikit Biography Elisya Sandha Untuk Anda:

Biodata Elisya Sandha Yang Cun

Nama Penuh: Nur Elisya Mohd. Faisal
Nama Komersil: Elisya Sandha
Tarikh Lahir: 1999
Umur: 19 Tahun (2018)
Keluarga: Anak bongsu daripada lima adik-beradik
Status: Bujang
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model dan Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Bakat : Menari, Menyanyi, Berlakon
Kelab Peminat: Elisya Sandha Lovers
Drama/Telefilem: Hai Lah Menantu, Mat Rukun, Bila Chacha Masuk Asrama, Destinasi G4, Aku Mahu Ke New York, Cinta Gred A dan banyak lagi.
Filem: Anak Mami Nasi Kandar (AMNK), Perjanjian Syaitan dan Cendol
TV Host: Misi Kita
Twitter: twitter.com/elisyasandhaa
Instagram: instagram.com/elisyasandha

Trivia Menarik Tentang Elisya Sandha

– Pernah menganggotai kumpulan nyanyian bernama Nova Nona yang berkonsepkan seperti kumpulan Feminin dan Res2.
– Pernah menyertai pertandingan menari Superstar Astro Ceria bersama kumpulannya iaitu Diamoniq.
– Timbul minat terhadap dunia lakonan apabila seringkali menemani kakaknya Fasha Sandha ke lokasi pengambaran sejak berusia 12 tahun lagi.
– Elisya Sandha mahu dikenali dengan bakatnya sendiri dan tidak ingin dibayangi oleh populariti kakaknya.
– Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur.
– Aktif dalam kumpulan pasukan sorak (cheerleader) di sewaktu sekolah.- Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan anak pelakon dan penerbit hebat tempatan, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.
-Kerjaya seninya diuruskan oleh ibunya sebagai pengurus peribadi.
-Pernah menjadi jurucakap kepada produk kosmetik iaitu Maybelline.
– Jika tidak terlibat dengan dunia lakonan, Elisya Sandha bercita-cita untuk menjadi akauntan.
– Pernah membintangi filem tamil berjudul “Natchatiran” yang telah ditayangkan pada Disember 2015.

Lagi Gambar Elisya Sandha










Sumber : malaysiaviralstory

#elisya
#elisyasandha

1 comment:

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah