Zarina Anjoulie Berang Di Tuduh Jual Produk Timbang Kilo
Zarina Anjoulie Berang Di Tuduh Jual Produk Timbang Kilo | Produk timbang kilo adalah singkatan kepada produk-produk kecantikan yang tidak berkualiti dan kadang-kadang mempunyai bahan kimia yang terlarang.
Semenjak dua menjak ni, pengasas produk timbang kilo macam tak senang duduk sebab dapat teguran daripada doktor-doktor yang terkenal di media sosial. Antara yang paling lantang menegur ialah Dr. Rafidah Abdullah yang fight untuk hapuskan penjualan produk-produk ‘sampah’ ni.
Tapi tak ada angin, tak ada ribut tetiba pelakon kontroversi Zarina Anjoulie dikatakan naik hantu dengan doktor ni gara-gara sesi ‘Ask Me’ Dr. Rafidah kat Instagram.
Sumber: Facebook
Disebabkan geram produk Love Spray by Zarina Anjoulie kena condemn, Zarina di Instagram mengeji Dr Rafidah yang dipanggilnya ‘sampah’ kerana tak ada langsung sumbangan kepada masyarakat dan caj bayaran consultation dengan harga serupa Yahudi. Whoops! Ye ke macam tu??
Sumber: Twitter
Tak cukup dengan tu, Zarina jugak tuduh Dr Rafidah hipokrit dan menopaus serta siap nak bagi Love Spray lagi kat doktor tu. Ouch!
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Rata-rata netizen yang membaca posting ini mengecam Zarina sebagai artis yang uneducated dan ada yang suggest Dr Rafidah ambik tindakan mahkamah disebabkan kata-kata melampau yang keluar dari pelakon ni.
Sumber: Twitter
Apa-apapun diharapkan isu ni janganlah dipanjangkan dan harap Zarina sedar apa yang ditegur Dr. Rafidah tu pun ada betulnya jugak. Sebagai doktor, memang tugas Dr Rafidah untuk menegur apa yang tak betul. Tapi kalau tak setuju, boleh je bincang baik-baik kan?
Haih tak habis-habis lagi isu produk timbang kilo ni!
Sumber : lobakmerah
#zarina
#zarinaanjoule
#produktimbangkilo
No comments
Thanks For Comment !!! :)