Hazama Menangis Kerana Gangguan Emosi
Hazama Menangis Kerana Gangguan Emosi | PENYANYI Hazama berhadapan gangguan emosi apabila terlibat dalam sebuah drama 13 episod yang memerlukannya menangis hampir setiap hari.
Bagaimanapun menurut Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, tekanan yang dialaminya itu disebabkan dia terlalu menghayati watak dalam drama berkenaan.
“Watak yang saya pegang sebenarnya agak berat, saya perlu menangis hampir setiap hari. Selepas pengambaran saya merasa down, terus terang saya katakan emosi saya terganggu,” katanya kepada mStar Online
Hazama akui terkesan dengan watak yang dilakonkan
Hazama, 34, ditemui pada majlis pelancaran trailer filem Kalla di Wow KL di sini pada Selasa.
Namun jelas penyanyi lagu Aku Yang Sebenar, perasaan yang dialaminya itu hanya bersifat sementara.
"Saya bukan pelakon profesional, sebab itu mudah terbawa-bawa watak hingga ke luar set. Lebih-lebih lagi kisah dalam drama itu seperti ada persamaan dengan kehidupan seharian," tambah Hazama.
Sumber : mstar
#hazama
No comments
Thanks For Comment !!! :)