Inilah Blossom Wong James Bond Malaysia
Mungkin generasi sekarang tak kenal siapa perisik wanita ni. Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tak lama lagi, kami nak cerita dengan korang tentang heroin negara, Blossom Wong bekas perisik PDRM ala-ala James Bond suatu ketika dulu.
1. Asalnya nak jadi guru atau sekretari tapi…
Sumber: Pinterest
Baginya, perempuan pada masa tu hanya target nak jadi sekretari atau cikgu. Tapi beberapa bulan sebelum merdeka, Blossom yang suka tengok anggota polis wanita bergaya dengan uniform mereka join polis dan memulakan kariernya sebagai Special Branch (SB) yang banyak jalankan kerja-kerja undercover. Wow!
2. Menyamar untuk dapatkan maklumat komunis
Sumber: Facebook
Gadis kecil molek ni katanya sering berbaju cheongsam sampaikan polis sendiri pun tak tahu yang Blossom ni spy! Wah kalah gadis Bond ni!
3. Jadi spy tak best seperti yang orang sangkakan
Sumber: Facebook
Malah Blossom juga akui kehidupan sosialnya sangat membosankan. Dia tak boleh bergaul dengan rakan beruniform lain dan kalau dia berjumpa dengan mana-mana polis di tepi jalan, dia terpaksa ignore dorang sebab takut identitinya terbongkar!
4. Pernah escort adik Presiden Kennedy
Sumber: Facebook
Januari 1964 merupakan detik paling bersejarah bagi Blossom bila dia ditugaskan untuk escort adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy dan isterinya Ethel yang datang ke Malaysia. Ke mana saja Robert dan isterinya pergi, Blossom akan ikut.
Selain tu, Blossom jugak pernah escort isteri Presiden Korea Selatan Park Chung-hee, Perdana Menteri Jepun Eisaku Sato serta Gabenor New Zealand.
5. Ditukar sebagai pegawai penyiasat kongsi gelap
Sumber: Facebook
Salah satu achievement yang sangat membanggakan ialah apabila Blossom diarahkan tubuh cawangan siasatan rogol. Team di bawah Blossom lah dikatakan pertama kali menggunakan teknologi DNA dan mendapat training daripada Royal Canadian Mounted Police.
6. Bersara dan kembali bercucuk tanam
Blossom akhirnya bersara pada tahun 1993 lepas 36 tahun bertugas dan kini lebih suka menumpukan perhatian pada anak perempuannya yang bertugas sebagai ahli veterinar. Pada usia di akhir 70-an, Blossom kembali ke hobi bercucuk tanam dan menanam bunga macam dulu. Baginya, dia tak pernah menyesal menjadi polis. Kalau diberikan peluang untuk jadi polis sekali lagi, Blossom bersedia untuk bertugas.Tonton video penuh interview bersama Blossom:
Kisah Blossom ni pasti buat ramai wanita berangan-angan nak jadi spy kan! So inspiring!
Sumber : lobakmerah
#merdeka
#blossomwong
#jamesbond
No comments
Thanks For Comment !!! :)