SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Zizi Kirana Bekas Ahli The Fabolous Cat

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Zizi Kirana Bekas Ahli The Fabolous Cat

Zizi Kirana


Zizi Kirana, seorang penyanyi cantik namun sering dikaitkan dengan penampilan yang agak seksi, merupakan bekas ahli kumpulan hiphop The Fabulous Cats. Beliau yang menyifatkan kecaman netizen terhadap penampilannya mengatakan bahawa isu itu sengaja disensasikan sedangkan dia sudah terbiasa dengan imej begitu semenjak mula mencipta nama lagi .

“Mungkin sebelum ini nama saya kurang menyerlah, jadi peminat tidak begitu mempedulikan cara pemakaian saya. Agaknya baru kini mereka menyedari kehadiran saya, lalu mengikuti perkembangan saya di media sosial. Bagi saya, pakaian yang saya gayakan itu tidak terlalu seksi atau menjolok mata. Saya berpakaian mengikut keselesaan dan kesesuaian tempat”

Untuk makluman, Zizi Kirana juga merupakan finalis program nyanyian popular Akademi Fantasia, Musim ke-7 dan juga pernah menyertai D’Academy Asia (Musim 2) mewakili Malaysia. Beliau mula menggunakan nama Zizi Kirana setelah keluar dari kumpulan The Fabulous Cats selepas beberapa tahun mengecapi kejayaan bersama kumpulan hiphop tersebut.

Keputusan menukar nama pentas daripada Zizi The Faboulous Cats (TFC) kepada Zizi Kirana adalah bertujuan untuk memperbaharui jenamanya, bukan kerana tidak mahu dibayangi kumpulan yang disertai sebelum ini. Zizi sebenarnya masih berhubung dengan ketua kumpulan TFC, Cat Farish yang bertanggungjawab menyerlahkan nama pada awal kemunculannya.


Biodata Dan Profile Lengkap Zizi Kirana


Nama Penuh: Nur Fazelah binti Mad Tahil
Nama Komersial: Zizi Kirana / Zizi Fabolous Cat
Tarikh Lahir: 23 Januari 1985
Umur: 33 Tahun (2018)
Asal: Semporna, Sabah
Status: Bujang
Agama: Islam
Bangsa: Bajau Brunei
Warganegara: Malaysia
Karier: Penyanyi dan Pelakon
Genre Muzik: Dangdut, Pop, Hip Hop
Lagu/Single: Boleh Jalan, Rahsia Hati, Sebulatnya, Kerna Kamu, Antara Jodoh Dan Cinta, Dulu Pernah Kau Kata, Nak ke tak nak (Lepak Mamak) dan banyak lagi.
Drama/Telefilem/Filem: Cuti-Cuti Cinta, Hantu Bonceng, Bujang Sepah Lalalitamplom, La So Fa The Musical Musim 1 & 2, Cinta Kapcai & Pian Kena Balik Raya.
Twitter: @mrs_zizi
Instagram: @zizi_kirana














Sumber : azhan.co

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah