SHOPPE

Gara-Gara Dipanggil Gemuk Dan Hodoh Almy Nadia Hilang Sabar Dengan Netizen

Share:

Gara-Gara Dipanggil Gemuk Dan Hodoh Almy Nadia Hilang Sabar Dengan Netizen


Almy Nadia

Gara-Gara Dipanggil Gemuk Dan Hodoh Almy Nadia Hilang Sabar Dengan Netizen | Lama tidak dengan berita pelakon popular Almy Nadia ni. Ramai yang tidak tahu tidak lama lagi, pelakon Almy Nadia dan suami, Fizz Fairuz bakal menimang cahaya mata mereka yang ketiga.




Namun menurut Almy, ramai peminat tidak mengetahui dirinya kini sedang hamil dan usia kandungannya sudah pun memasuki usia enam bulan.


Baru-baru ini, Almy mengaku terpaksa meluahkan rasa marahnya menerusi Instagram apabila ada peminat memanggilnya gemuk dan hodoh.


“Ketika menguruskan sebuah acara di Kuantan, ada lelaki yang menegur saya. Ketika itu, saya berada dalam kereta dan dia terus cakap, ‘eh gemuknya, hodoh’. Kerana bengang, muka saya memang terus berubah.


“Sedangkan sebelum itu, dia sudah pun menegur saya dan Fizz ketika terserempak di hotel sewaktu bersarapan. Dia berkata, saya masih gemuk selepas lama tidak kelihatan. Apabila Fizz mendengar tegurannya itu, dia terus memaklumkan saya sedang mengandung.

“Tetapi, apabila terserempak lagi pada sebelah malam, dia masih bercakap sedemikian. Teruslah saya naikkan status di Instagram,” katanya kepada BH Online.

Kata Almy lagi, bukan mudah untuk seorang wanita kembali langsing selepas melahirkan beberapa anak dan dia mengambil pendekatan untuk tidak kerap berkongsi gambarnya di media sosial.


“Artis pun manusia dan ada perasaan malu. Kenapa orang zaman sekarang tak ada adab? Mereka seolah-olah tiada perasaan. Contohnya, ketika saya buat ‘live’ di Instagram, belum pun sempat memberikan salam, orang sudah ‘bantai’, memaki saya,” katanya.





Sumber : beautifulnara

#almynadia

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah