Kisah Nutchanart Chaichan Seorang Model Yang Cantik Bercinta Dengan Penunggang Teksi Motor
-foto FB Jubjang Nutchanart Chaichan
Memang benar cakap orang tua-tua cinta itu memang buta. Begitulah yang terjadi di antara model yang cantik Nutchanart Chaichan dengan seorang penunggang teksi motosikal.
KISAH seorang model di Bangkok yang mendedahkan hubungan cintanya dengan seorang penunggang teksi motosikal di Facebook, tular.
Di Thailand, pendapatan yang diperolehi seorang penunggang teksi motosikal adalah kira-kira 500 baht (RM62) sehari.
Kisah cinta Nutchanart Chaichan, 22, dan teman lelakinya, Wutthichai Saeng-ngern, 25, menjadi topik hangat selepas posting tentang percintaan mereka tersebar ke laman Facebook popular YouLike.
"Mengapa saya pilih lelaki ini? Walaupun kami berbeza dalam segala hal, apa yang membuatkan kami sama adalah cinta antara satu sama lain," tulis Chaichan.
"Apa sahaja yang kamu makan, saya akan makan. Ke mana sahaja kamu pergi, saya akan pergi," tulisnya di Facebook merujuk kepada teman lelakinya.
"Untuk kita, kamu terima semua pekerjaan yang ditawarkan kepada kamu. Kamu tidak pernah merungut keletihan. Apabila saya bersama kamu, saya gembira."
-foto FB Jubjang Nutchanart Chaichan
Chaichan menulis bahawa orang ramai tidak seharusnya begitu cepat membuat penilaian berdasarkan gaji atau wang seseorang.
"Cinta kami telah berkembang sejak 5 tahun lalu. Tolong jangan pandang rendah terhadap lelaki yang bekerja keras untuk mendapatkan wang. Kami berdua bekerja keras bersama-sama. Kami sama-sama usaha untuk dapatkan semua yang kami ada."
Dengan tambang teksi motosikal bermula pada hanya 10 baht (RM1.25) untuk satu perjalanan, dengan cara itulah Saeng-ngern mencari rezekinya. Dalam satu temu bual, Chaichan berkata dia tidak menyangka kisahnya menjadi tular.
Paparan skrin video temubual pasangan ini dengan Amarin TV
Pasangan itu bertemu pada tahun 2013 di wilayah Nakhon Si Thammarat, tempat di mana mereka dibesarkan, sebelum memutuskan untuk berpindah ke Bangkok bersama-sama, Amarin TV melaporkan.
Saeng-ngern memberitahu bahawa dia dan Chaichan mula-mula cuba menjual pakaian dan kasut di kawasan Ramkhamhaeng, tetapi perniagaan itu tidak berjaya.
Sebelum dia mula menjadi penunggang teksi motosikal dan teman wanitanya pertama kali ditawarkan kerja sebagai model, mereka sering lapar bersama.
Sekarang Saeng-ngern berkata dia biasanya memperoleh 15,000 baht (RM1,870) sebulan dan Chaichan pula memberitahu mereka telah mengumpulkan sedikit simpanan bersama.
"Saya tidak malu sama sekali. Dia melakukan kerja yang baik, jujur," kata Chaichan.
Pasangan itu berkata mereka merancang untuk berkahwin dan mempunyai anak bersama dalam masa terdekat.
Sumber: mstar
No comments
Thanks For Comment !!! :)