Kisah Suami Curang Walaupun Isteri Cantik
Sekiranya hati sudah tawar, bak kata Ayn Shariff, ingat kembali saat-saat anda cuba mendapatkan pasangan hidup itu. Di mana anda berusaha sepenuhnya untuk memenangi hati dia. Paling tidak pun, ingatlah kembali jeritan kesakitannya bertarung nyawa melahirkan zuriat anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
I’m being too emotional bila baca tentang kes curang dan skandal sana sini. Nah, kes terbaru suami curang dengan salesgirl. Wife macam doll dah and what you want?
Sumber foto: Ayn Shariff
Hello! Bini punya elok gini pun makan luar? Apa yang bermain di fikiran suami? Benda haram memang sedap, anak tiga dah. Tak cinta ke? Tak sayang? Can’t brain how could he is. Eh come on lah, apa pun jaga perasaan bini. Sanggup ke menduakan kasih sayang.
Yes, kita tak tahu apa yang terjadi pada sesebuah hubungan tetapi nak ending dengan curang ke? Kalau sebab bini tak elok, tak cantik, curang bukan jalan untuk selesaikan masalah.
Kalau dah tak suka, tak ada hati, fikirlah macam mana dulu awak nak dapatkan dia. How struggle you are. So now bila dah rasa kosong, tak ada hati, cepat-cepatlah elokkan hubungan itu balik. Kita suami, ketua keluarga, pencorak anak dan bini mesti kena tahu macam mana nak selesaikan masalah dan jadi keluarga bahagia.
Sumber foto: Ayn Shariff
Sebelum pergi keluar dengan perempuan lain, karaoke ke, berpegangan tangan ke, fikir ke diri itu dah ada bini? Especially dah ada anak bro. Pandang sikit muka bini yang sudah pernah bertarung nyawa melahirkan zuriat awak.
Lelaki sebenarnya nak apa sampai sanggup curang? Bini perangai tak elok? Tak ada nafsu? Sebab apa? Makan lauk sama? Tak menarik? Oh no, jangan kahwin if ada rasa begini. Kalau tak ada nafsu ke apa, bagi duitlah repair apa yang tak elok, bukannya complaint.
Marriage is not easy thing. Kalau dah jadi suami, tanggungjawab memang atas suami. Yes, memang zaman sekarang bukan semua 100 peratus letak pada lelaki dan sebab itu juga perempuan mesti ada duit sendiri. Kalau tak, suami buat hal, buta-buta kena tinggal tepi jalan.
Jadi tolonglah. untuk isteri di luar sana, carilah income sendiri dan jangan berdiri atau berpaksi padam anusia. Pada penghujung harinya kelak, kita tidak tahu nasib kita bagaimana. Well said, kahwin ini orang kata macam perjudian.
Dan untuk perempuan yang sedang berhubung dengan suami orang, tolonglah sedar diri. Perempuan jaga maruah, bukan jadi murah. Dah tahu lelaki itu ada title, kau tendang awal-awal. Bukan ada sifat nak try and so on.
Sumber foto: Ayn Shariff
Sebelum menjadi lebih teruk lebih baik fikirkan semula keluarga kita. Especially emak, macam mana kalau ayah kita ada perempuan lain yang nak tackle dia? Sebab benda ini semua berpusing. Tolonglah malu sikit. Kalau kau sendiri tak faham hati perempuan, memang tak boleh buat apalah. Ha! Kan dah marah.
Jadi untuk lelaki yang sudah bergelar suami dan ayah, buanglah segala perangai yang memudaratkan hubungan. Tundukkan mata, tetapkan hati. Solatlah supaya hati sentiasa dekat dengan Allah.
Posting ini bukan untuk mengaibkan atau apa-apa. Tetapi sebagai pengajaran dan kita suami isteri boleh muhasabah diri masing-masing. Dekatkan diri dengan Allah, inshaAllah kita akan ke jalan yang diredhaiNya.
Semoga hubungan kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dan bahagia hingga jannah. Ameen.
Sumber:Ayn Shariff
Sumber : apekecoh
No comments
Thanks For Comment !!! :)