SHOPPE

Inilah Lima Selebriti Tidak Lagi Bergelar Kerabat Diraja

Share:
Inilah Lima Selebriti Tidak  Lagi Bergelar Kerabat Diraja

Amelia Thripura cerai


Perkahwinan antara selebriti dengan kerabat diraja bukanlah sesuatu yang baru kita dengar. Ramai selebriti popular yang berkahwin dengan golongan kerabat. Namun, perceraian tetap boleh terjadi tanpa mengira status.

Kami senaraikan lima orang selebriti yang kini tidak lagi bergelar kerabat atau orang istana. Menurut sesetengah adat, bagi mereka yang bercerai mati masih lagi dianggap sebahagian dari kerabat. Manakala, bagi yang bercerai ketika hidup, status mereka ditarik semula.

1. Mazuin Hamzah & Pengiran Muda Sufri Bolkiah


Pada tahun 1987, bekas ahli kumpulan Quinnary M iaitu Mazuin Hamzah pernah mengejutkan ramai apabila beliau dilamar putera diraja paling kaya di dunia, Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Majlis perkahwinan pasangan ini menjadi bualan ramai bertahun lamanya. Menerusi Hangat.com, difahamkan, pada tahun 2003 pasangan ini telah bercerai dan Mazuin kini dikenali sebagai Dayang Hajah Mazuin Hamzah.


2. Dato Sri Maria Menado & Almarhum Sultan Abu Bakar



Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar. Perkahwinan Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kasih mereka tetap berpanjangan sehinggalah kemangkatan baginda sultan.
Pada 1978, Maria bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof. Pada Oktober 2017, Maria menerima darjah kebesaran dari Istana Pahang yang membawa gelaran Dato Sri.


3. Manohara & Tengku Fakhry



Mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009, bintang terkenal dari Indonesia, Manohara disahkan bercerai dengan adinda Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.
Manohara memohon cerai setelah mengaku dicederakan oleh Tengku Fakhry selain terdapat pelbagai faktor dan masalah sepanjang bergelar suami isteri. Namun ada yang mengatakan ia hanya berita palsu dan sehingga kini masih belum ada yang mengesahkan kesahihannya.


4. Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Hassanal Bolkiah



Kisah perkahwinan ini menggemparkan negara apabila Sultan Brunei berkenan untuk menjadikan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim sebagai isteri pada 2005 dan mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Namun, Azrinaz telah diceraikan pada 2010 dan gelaran diraja itu turut ditarik. Perkahwinan selama 5 tahun itu dikurniakan dua orang cahaya mata.


5. Amelia Thripura Henderson & Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra



Nama pelakon ini menjadi bualan ramai apabila muncul menerusi drama popular yang kini disiarkan di televisyen. Pasti ramai yang masih ingat, Amelia sering muncul di iklan televisyen satu ketika dahulu. Rupanya, Amelia telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harun yang juga anak saudara Sultan Kedah pada Ogos 2015, dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.



Namun, menerusi Twitter baru-baru ini, status perkahwinan Amelia menjadi tanda tanya apabila ada netizen mendakwa suami pelakon wanita itu sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Walaubagaimanapun, Amelia menjelaskan mereka berpisah secara baik dan tidak wujud isu orang ketiga serta masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya itu.




Sumber : Hangat.com

#ameliacerai
#ameliathripurabercerai

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah