FASHA SANDHA MENGAMUK DENGAN NETIZEN YANG CARI PASAL DENGANNYA
“Macam ni ya bahasa seorang wanita muslimah, berhijab, juga seorang mak yang dah ada anak?” demikian tulis pelakon Fasha Sandha mengenai tindakan seorang netizen yang mencari pasal dengannya baru-baru ini.
Terdahulu, wanita yang menggunakan nama Monaliza Razali memuat naik komen yang mengkritik pemakaian dan tindakan Fasha membuka ruangan komen pada gambar itu berbanding gambar-gambar sebelum ini.
“Pandai pula Fasha on komen untuk post ni. Post sebelum ni pakai baju paras dada je dia off komen, y?
“Burok la Fasha pakai baju paras dada. Macam minta kaki,” tulisnya.
Kesal dengan komen itu, Fasha kemudian menegur tindakan individu berkenaan secara terbuka di Instagramnya.
“Saya tahu saya buruk, sebab itu saya kata I embrace my flaws. Kalau tak faham, buka kamus please. Fahami apa itu erti flaws. Okey?
“Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni?
I am Flawsome. I embrace my flaws.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Aug 18, 2018 at 1:26am PDT
Your flaws are what make you beautiful. Embrace them honey. . . The making of make up ads.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on Aug 18, 2018 at 2:21am PDT
“Awak nak perhatian kan? Saya bagi perhatian pada awak now ya wahai saudara Islamku. Awak nak kakikan saya? Jom jumpa saya esok? Saya letak muka saya kat kaki awak, sila buat kalau berani.
“Awak itu ada anak-anak, awak belum tahu apa akan jadi pada anak-anak awak. Saya ini sebenarnya tak ada masa untuk haters, tapi sebab kakak ni memang nakkan perhatian, nak kakikan saya, lets meet up.
“Siapalah kakak ni kan? Memalukan kaum orang berhijab. Kata-kata tidak seperti penampilan. Apa pun, terima kasih ya kakak. All the best to you.
“Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak off comment ke nak buka komen ke, nak buat apa pun. You tak payah sibuk. Pergi jaga laki dan anak-anak awak. Saya takut anak-anak dan keluarga you malu dengan kata-kata awak ini wahai Monaliza Razali.
“Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambil tahu pasal kita, nakkan perhatian, I bagi promosi percuma pada you ya kak. Biar followers you bertambah. Ini insta ikhlas dari saya.
“Saya tengah cuti ni, saya ni jarang ada hari cuti. Saya ada banyak masa hari ini. Oh ya, sesiapa yang mengenali wanita berhijab muslimah sejati ini atau suami dia atau keluarga dia, tolong kirim salam. Terima kasih.
“Ingat ya, jangan ingat kami ni artis, kami tak berhak nak bersuara. Berhenti membuli artis k,” tulis Fasha.
Ramai followers yang menyokong Fasha itu yang dianggap sebagai memberi pengajaran kepada Monaliza Razali. Walau bagaimanapun, ada netizen yang tidak menggemari cara Fasha memberi respon berkenaan di mana bagi mereka, Fasha patut menangani haters seperti itu dengan cara yang lebih profesional.
Sumber: apekecoh
No comments
Thanks For Comment !!! :)