SHOPPE

Gara-Gara Pakai Seluar Pendek Lisa Surihani Dikecam Netizen

Share:

Gara-Gara Pakai Seluar Pendek Lisa Surihani Dikecam Netizen

Lisa Surihani Seksi

Dah jadi selebriti memang menjadi tumpuan masyarakat. Buat apa pun memang serba tak kena di mata netizen. Begitulah yang terjadi dengan Lisa Surihani.

Gara gara tersebarnya gambar Lisa Surihani di Instagram, ramai yang terkejut dengan penampilan pelakon wanita berkenaan kerana dia tampil berseluar pendek. Walaubagaimanapun, gambar tersebut bukanlah datang daripada Instagram Lisa sendiri.

Sering kali muncul dengan imej sopan, gambar sedemikian pastinya mengundang pelbagai tanda tanya. Jika dilihat daripada kronologi gambar tersebut, Yusry dan Lisa sebenarnya menghadiri majlis sambutan hari lahir rakan baik mereka.


Malah Lisa sendiri hanya memuatnaik gambar sekitar majlis sahaja dan berjaga jaga dalam berkongsi gambar di laman sosial tersebut, selari dengan dirinya sebagai seorang selebriti.

Namun apakan daya, gambar sudah tersebar melalui akaun Instagram individu lain dan pastinya peminat menuntut jawapan daripada empunya diri sendiri.












Sumber : rotikaya

1 comment:

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah