Terbaru, satu berita yang mengejutkan di mana sebuah akhbar tempatan melaporkan pasangan selebrti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak di khabarkan sudah tidak bersama lagi. Malah menurut sumber, Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.
Pasangan ini berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Meskipun perkahwinan hampir menjengah ke usia 20 tahun, namun jika terdapat ‘ribut yang melandai’ pastinya sebuah rumahtangga itu diuji hebat.
Pasangan selebrti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak antara yang menjadi idola ramai kerana masih lagi mengekalkan saat manis seperti pasangan yang baru bercinta meskipun sudah mendirikan rumah tangg selama berbelas tahun lamanya. Kemesraan mereka berdua memang dipuji ramai.
Namun, ada berita yang tidak sedap didengar apabila Mary Jane menerusi portal Utusan Online melaporkan rumah tangga pasangan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.
Walaubagaimanapun, Vanidah ataupun lebih mesra dengan panggilan Vee nampaknya enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai gosip beliau sudah bercerai.
Bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut, Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee walaubagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai status hubungannya yang terkini bersama Rashidi.
“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang”
Terdahulu, Mary Jane juga mengatakan Vee dan Rashidi berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada pelakon wanita itu.
Difahamkan pasangan ini telah berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Vee. Apa pun yang terjadi, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka!
Sumber : utusanonline & mstar
#vanidaimran
#rashidiishak
No comments
Thanks For Comment !!! :)