SHOPPE

Perompak Setan!!!...Atok Tua Pun Nak Samun

Share:

Perompak Setan!!!...Atok Tua Pun Nak Samun



Perompak low class?

Semalam tular satu video pendek menunjukkan lelaki tak berhati perut sanggup meragut seorang warga emas yang sedang berjalan seorang diri di Sri Orkid, Skudai. Teruknya!




Menurut Berita Harian, video berdurasi 33 saat tersebut memaparkan mangsa sedang berjalan kaki dan berpayung ketika dihampiri oleh dua orang lelaki tidak dikenali. Lepas tu salah seorang lelaki mengambil sesuatu dari kocek seluar atok tu.

 Sumber: Facebook 

Seorang lagi lelaki pula menunggang motosikal dan menunggu sementara rakannya sibuk merompak. Tak lama kemudian berlaku sedikit pergelutan sampai warga emas tu jatuh terbaring atas jalan raya. Lebih teruk lagi, dua orang lelaki tu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan warga emas terbabit.


Sumber: Facebook  

Sumber: Facebook 

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri (Operasi), Superintendan Ismail Dollah mengesahkan bahawa kejadian samun itu membabitkan seorang warga emas berusia 78 tahun.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berjalan ke rumahnya di Jalan Seri Orkid 19 dan 20, Taman Seri Orkid. Dua suspek menaiki motosikal dan pembonceng turun sebelum menyeluk poket mangsa lalu mengambil wang tunai RM300.”

“Mangsa bergelut dengan lelaki itu dan ditolak sehingga jatuh hingga mengalami cedera di tangan kanan dan kaki kanan.”

Ramai yang kasihan dengan nasib menimpa warga emas berkenaan dan bengang dengan sikap dua orang lelaki tu.

Sumber: Twitter  

Sumber: Twitter 

Kesian atok tu sampai cedera dibuatnya!

Tonton video kejadian ragut tu kat sini:



Sumber: Facebook, lobakmerah


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah