SHOPPE

Resepi Gulai Batang Pisang Atau Gulai Rias Pisang Edisi Utara

Share:
Resepi Gulai Batang Pisang Atau Gulai Rias Pisang Edisi Utara

Resepi Gulai Umbut Pisang


Tiba-tiba teringin nak makan gulai batang pisang atau rias pisang. Dengan kata lain adalah umbut pisang. Entah apa yang dimimpikan terasa nak makan sangat gulai batang pisang. Maklumlah setelah sekian lama merantau sejak lepas SPM dan sekarang bermastautin di Pantai Timur. Rasanya sudah melebihi 2 tahun rasanya tidak balik cuti panjang ke kampung. Kalau balikpun hanya sekejap dan pada masa itu tiada kenduri. Benda ni masa kenduri banyaklah di sebelah utara semenanjung.


Pokok pisang bukan sekadar dimakan buahnya sahaja tetapi banyak kegunaan bahagian-bahagian yang lain.


Gulai batang pisang sangat terkenal di Daerah Baling dan Sik di Negeri Kedah. Kalau kenduri kahwin tiada gulai batang pisang bermakna tidak lengkap. Oleh kerana teringin terpaksalah masak dengan cara sendiri. Resepi ini boleh dicuba oleh sesiapa sahaja. Kebetulan ada sikit pengalaman berkursus memasak dengan Kolej Komuniti hampir 2 tahun.

Batang pisang yang digunakan diberi oleh seorang rakan sekerja. Terima kasih sebab sedia membantu saya. Biasanya orang-orang sebelah pantai timur ni tak makan benda ni. Hanya gajah yang suka kata mereka dengan nada bergurau. Tidak mengapa. Kalau gajah makan mentah, kita masak supaya ianya lebih istimewa.


Batang pisang hanya diambil risanya atau umbut.


RESEPI GULAI BATANG PISANG

Hidangan untuk 5 orang makan

Bahan-bahan:

Umbut pisang – dipotong 1 atau 2 cm (ikut suka
Tulang lembu atau ayam (ikut suka)
Bawang merah dan putih – hiris nipis
Daun kari
Halba campur
3 sekawan (jika mahu)
Garam kasar (garam kasar rasanya berlainan jika dibandingkan dengan garam halus)
Serbuk perasa (jika mahu)
Serbuk kari Baba’s
Serbuk kunyit
Santan (saya guna santan kotak)
Minyak masak





Gulai yang telah siap


Cara Memasak (cara saya):

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan
Masukkan daun kari, halba campur dan 3 sekawan. tumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh sedikit dengan air. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan air secukupnya. Masukkan umbut pisang dan tulang. Tulang admin rebus dahulu. Masak sehingga batang pisang lembut.
Masukkan serbuk kunyit jika mahu.
Apabila umbut pisang sudah lembut, masukkan garam dan serbuk perasa yang lain. Admin guna serbuk cukup rasa maggie.
Masukkan santan secukupnya dan angkat bila sudah masak.
Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.
Sesiapa yang mahu cuba silakan. Orang utara yang memang tak pernah masak juga silakan. Semoga bermanfaat – Suka Viral




#resepi
#resipi
#gulai
#gulaibatangpisang
#gulaiumbutpisang


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah