SHOPPE

Cara Membuat Lemang Jagong Yang Mudah Tanpa Menggunakan Buluh

Share:
CARA BUAT LEMANG JAGUNG TANPA MENGGUNAKAN BULUH, LANGKAH DEMI LANGKAH


lemang jagong


Berikut dikongsikan cara buat lemang jagung tanpa buluh, langkah demi langkah.

BAHAN-BAHAN

  • 500g beras pulut – bilas dan toskan
  • Setongkol setengah jagung – nak lebih pun boleh
  • 100ml santan pekat – tambah jika nak lagi lemak
  • 400-500ml air
  • 1sudu besar minyak masak
  • 1sudu besar garam
  • 1sudu besar gula


Barang sampingan

  • Loyang 9inci
  • Daun pisang – layur atas api

CARA-CARA

1. KUKUSKAN SEMUA BAHAN

Masukkan semua bahan ke dalam loyang. Hiris keluar isi jagung drpd tongkolnya menggunakan pisau. Kukus selama 30minit-40minit sehingga pulut masak sekata.



2. KACAU SETIAP 10 MINIT

Setiap 10minit buka penutup kukus dan kacaukan pulut supaya masak sekata. Kalau tak kacau nanti ada bahagian yang tak masak.


3. BENTUKKAN LEMANG
Bila pulut dah masak, tunggu sehingga pulut menjadi suam sedikit. Ini rahsia nak bentukkan lemang tanpa buluh. Cari botol plastik mengikut saiz yang anda mahu untuk lemang anda.

Boleh menggunakan botol air yang telah dipotong bahagian atasnya. Pegang pulut guna plastik, kalau tak nanti melekit2 tangan. Ambil pulut, tekan dan penyek-penyekkan dalam botol tadi sampai mampat, supaya lemang tak lerai bila nak potong.



4. KELUARKAN LEMANG

Untuk keluarkan lemang yang sudah mampat, gunakan sudu buat macam dalam gambar, untuk tarik sket lemang daripada dinding botol.

Kemudian ketuk-ketuk sedikit botol bagi lemang keluar.

Jangan risau, ia tentu boleh keluar sebab ada minyak dan santan yang menjadikannya licin.
Buat masa pulut masih suam. Kalau dah sejuk pulut akan melekat, takut susah nak keluar.


Nak lagi mudah, gunting potong hujung botol tu biar berlubang pada kedua-dua belah. Jadi, boleh tolak saja lemang daripada satu sisi untuk dikeluarkan nanti.

Ataupun, gulung daun pisang dan masukkan ke dalam botol, macam orang buat lemang buluh, lepas tu mampatkan pulut. Tarik lemang keluar dengan menarik keluar daun pisangnya sekali. Senang cerita!


5. GULUNGKAN DENGAN DAUN PISANG

Gulungkan guna daun pisang dan kemaskan hujungnya mengikut kreativiti masing-masing.


Kalau rajin ikatkan kedua-dua hujung daun pisang tu dengan tali. Jadi kemas.


Atau potongkan saja mengikut panjang lemang anda.


6. KUKUS SEMULA

Susun dalam pengukus dan kukus semula sekejap dalam 10-15 minit. Kalau nak lemang ada rasa garing-garing sedikit bolehlah dibakar sekejap dalam oven.

Tapi jangan bakar terlalu lama hingga hangus daun pisangnya.

“Besar-besar saiz lemang aku ni haa sebab guna botol besar. Korang guna lah botol kecik sket bagi saiz dia comel sket,” gurau Puan Norashidah.


7. SIAP!

Dah siap kukus, potong dan makanlah.

“Sedap lemang dengan lemak manis jagung. Anak-anak ratah gitu je makan.

Ni makan dengan rendang ayam mak mertuaku huhu.”


SUNGGUH MENYELERAKAN

Rupanya mudah saja cara buat lemang begini, tapi tetap nampak menggiurkan. Tentu harum baunya apabila digulung dengan daun pisang.

Rasa tradisional masih ada, itu yang mahal.

Selain lemang jagung, anda juga boleh  membuat lemang biasa atau lemang pulut hitam dengan menggunakan teknik ini. Tentu tak kurang sedapnya!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.


Kredit: Laman FB Camca Dan Spatula



#resepi
#lemang
#lemangjagong

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah