SHOPPE

Siapa Sangka Puteri Diraja Yang Cantik Jelita Ini Sebenarnya Anak Kepada Pelakon Terkenal

Share:

Siapa Sangka Puteri Diraja Yang Cantik Jelita Ini Sebenarnya Anak Kepada Pelakon Terkenal




Disebalik penganugerahan darjah-darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Istana Pahang kepada penerima-penerimanya termasuk selebriti tanah air, kami tertarik dengan sejarah keluarga diraja Pahang yang turut berkait rapat dengan beberapa orang selebriti.



Untuk anda yang tidak tahu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah mempunyai 10 orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Baginda bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata, 4 Putera dan 2 Puteri.


Walaubagaimanapun, putera sulung baginda berdua,Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah yang dilahirkan pada 24 Julai 1990 mangkat pada hari yang sama. Pasangan diraja ini juga mempunyai seorang anak angkat lelaki iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah


Tiga Puteri-Puteri Diraja Ini Warisi Kecantikan Bonda




Tengku Abdullah juga mempunyai isteri kedua yang juga pelakon veteran terkenal, Cik Puan Julia Rais. Nama Julia Rais sering kali menjadi perhatian suatu ketika dahulu menerusi drama yang dilakonkannya.


Hasil perkahwinan baginda bersama Julia Rais, baginda dikurniakan 3 puteri yang sama cantik seperti bonda mereka. Perkenalkan, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana Tengku Abdull







Kesemua puteri – puteri baginda kini berada di England bersama bonda mereka, Cik Puan Julia Rais.



Sumber Instagram Tengku Puteri Iman Afzan


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah