Kek coklat merupakan antara juadah manisan yang amat digemari oleh anak-anak. Tambah pula kalau disajikan sebagai juadah minum petang selepas mereka selesai beriadah kan? Kalau nak dibeli di luar, khuatir pula kandungan gula yang terlalu tinggi dalam adunan kek, jadi apa salahnya kalau kita bakar sendiri kek di rumah kan? Jom kita buat kek coklat yang confirm sedap ini untuk dimakan bersama seisi keluarga.
KEK COKLAT LELEH IDAMAN SI MANJA
BAHAN UNTUK DI BLEND
*1 cawan susu cair
*1 cawan susu pekat
*1 cawan serbuk koko
*1 cawan gula
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*sedikit assent vanilla, tak ada pun takpe
secubit garam untuk untuk lebih lemak
Blend kesemua bahan bertanda (*) ni dalam masa 4 ke 5 minit iyee
UNTUK BAHAN TEPUNG
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikabonat soda
1 sudu kecil baking powder
Semua bahan ni disekalikan, dan gabungkan bersama bahan yang di blend, kemudian kacau rata kesemuanya.
Dah rata masukkan dalam loyang yang disapu majerin@minyak masak supaya tak melekat, panaskan periuk kukus dalam 10 minit,kemudian kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit(IKUT ATAS API)
UNTUK TOPPING SAYA GUNA
1/2 ketul dark coklat
Masak secara double boiled
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa...............ini hasilnya!
Sumber : Nur Farah Hidayah
#resipi
#resepi
#kek
#kekcoklat
#kekcoklatleleh
No comments
Thanks For Comment !!! :)