SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Azar Azmi Artis Jemputan Dalam Sepahtu Reunion 2019

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Azar Azmi Artis Jemputan Dalam Sepahtu Reunion 2019


Siti Azar Ameerah binti Azmi (lahir 13 Mac 1989) atau lebih dikenali sebagai Azar Azmi merupakan pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10.


Biodata Azar Azmi

Nama penuh: Siti Azar Ameerah binti Azmi

Nama popular: Azar Azmi

Tarikh lahir: 13 Mac 1989

Umur: 29 tahun

Kelahiran: Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan

Media sosial: Instagram @azarazmi

Fakta Menarik Tentang Azar Azmi

1. Anak ketiga daripada lima adik-beradik.

2. Pernah menyertai Dewi Remaja 2009/10 iaitu sebuah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja. Beliau bersaing dengan Neelofa (juara), Izara Aishah (naib juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.

3. Dalam bidang perniagaan, Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.

4. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Beberapa drama dan telefilem dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.

7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

8. Pada tahun 2017, hubungan cintanya dengan seorang duda anak dua yang dikenali selama tiga tahun akhirnya terputus. Dalam masa sama, Azar mengakui sedang me­ngenali hati budi seorang usahawan berusia 29 tahun.

Gambar-Gambar Azar Azmi Yang Cute








Azar Azmi Tik Tok Challege



Sumber : iluminasi,wikipedia

#azar
#azarazmi





No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah