SHOPPE

Biodata Dan Profile Puteri Aishah Yang Cantik Dan Seksi

Share:

Biodata Dan Profile Puteri Aishah Yang Cantik Dan Seksi

Puteri Aishah bikini

Puteri Aishah binti Sulaiman Atau lebih dikenali sebagai Puteri Aishah pernah viral satu ketika dahulu semasa menjadi guru pelatih pada tahun 2014.

Kini Puteri Aishah telah mengembangkan bakatnya sebagai seorang pelakon. Antara drama yang dibintangi beliau adalah Raisha, Cinta Roller Coaster dan Lelaki Itu Pemiliik Hatiku.

Biodata Dan Profile Lengkap Puteri Aishah

Nama Penuh: Puteri Aishah binti Sulaiman (Jawi: ڤوتري عايشه)
Nama Komersial: Puteri Aishah
Tarikh Lahir: 6 Jun 1994
Umur: 23 tahun (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Tempat Tinggal: Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur
Pendidikan: Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, Model dan Guru
Tahun Aktif: 2015–kini
Drama: Akulah Balqis, Cik Cinderella dan Encik Tengku, Kahwin Muda, Jasmine, Cinta Roller Coaster, Raisha, Lelaki Itu Pemiliik Hatiku
Telefilem: Panggilan Subuh, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya, Yang Terakhir Untukku
Filem: Pulang
Teater: Cindua Mato
Instagram: @puteriaishah_
Twitter: @PuteriAishah_
Snapchat: puteriaishah

Kehidupan Awal Puteri Aishah
Puteri Aishah dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik, mempunyai diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Kerjaya Puteri Aishah

Pada usia 20 tahun, Puteri Aishah memulakan kerjaya awalnya sebagai guru pelatih di sebuah sekolah rendah dan gambar beliau pernah menjadi tular di media sosial pada tahun 2014, ketika itu, beliau dikenali sebagai Cikgu Aishah.

Pada tahun yang sama, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai oleh Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Deeba Halil, Natrah Khalid, Mimi Lana dan Syamim Farid. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama Puteri Balqis dalam drama waktu perdana TV3, Akulah Balqis sebagai watak sampingan selepas diberi kepercayaan oleh Erma Fatima untuk membintangi drama tersebut.

Pada tahun 2016, beliau telah memegang watak utama dalam drama Cinta Roller Coaster yang ditayangkan di TV3. Selain itu, beliau juga telah berlakon dalam sebuah teater muzikal berteras budaya masyarakat Minangkabau dan memegang watak sebagai Poti Bongsu. Teater ini dipersembahkan di Pentas Istana Budaya pada 25 Mac 2016.

Pada September 2017, Aishah membintangi drama Raisha yang bersiaran di Slot Lestary TV3, lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Ariff Aziz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Nizam Zakaria dan terbitan OrangeTree Production. Selain itu, drama ini juga ditonton di tonton.com.my sebelum tayangan perdana di TV3. Pada Ogos 2017, Aishah membintangi drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku terbitan A. Aida Production Sdn Bhd yang disiarkan di TV3. Drama arahan Zul Huzaimy Marzuki ini merupakan adaptasi novel Mr. Hot Guy karya Danisyarahmat.

Puteri memulakan kerjaya filemnya dengan membintangi filem sulungnya, Pulang arahan Kabir Bhatia, yang menggandngikan beliau bersama Remy Ishak. Aishah memegang watak Che Thom. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.

Beliau merupakan salah seorang dari barisan pelakon drama Selafaz Cinta yang dibintangi bersama oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin. Aishah memegang watak sebagai Liza Liyana.

Fakta Menarik Puteri Aishah


  • Kerjaya lakonannya bermula sebagai watak sampingan dalam drama Akulah Balqis di TV3 selepas diberi kepercayaan oleh Erma Fatima.
  • Mula memegang watak utama dalam drama Cinta Roller Coaster yang ditayangkan di TV3.
  • Pernah berlakon dalam sebuah teater muzikal bertajuk Cindua Mato.
  • PSekitar Julai 2017, Puteri Aishah mendedahkan hubungannya dengan Pengerusi Kumpulan Syarikat NAZA, SM Faisal SM Nasimuddin yang juga anak sulung Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Aishah menjelas bahawa hubungannya dengan SM Faisal hanyalah sebagai rakan biasa.


Gambar-Gambar Puteri Aishah Yang Cantik







Klip Video Puteri Aishah Berbikini Dikecam



Sumber :azhan,wikipedia

#puteriaishah
#cikguaishah

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah