SHOPPE

Kisah Seoarang Isteri Bila Suami Berkahwin Dengan Janda Cleaner Anak Tiga

Share:

Kisah Seoarang Isteri Bila Suami Berkahwin Dengan Janda Cleaner Anak Tiga



Salam…Saya nk kongsi pengalaman saya yang sdh 5 tahun bermadu. Saya isteri pertama. Kami sudah berkawin 18 tahun dan kami suami isteri berkerjaya. Apabila saya dapat tahu suami saya sdh 3 minggu berkahwin lain tanpa pengetahuan saya dengan seorg janda bekerja sbg cleaner beranak 3… saya benar2 tak boleh menerima hakikat ini krn selama ini kami sangat bahagia…jarang bergaduh dan suami sangat memanjakan saya.

2 tahun pertama suami berpoligami adalah tahun2 yang sangat mencabar dan menguji rumah tangga kami kerana saya sering mengamuk, menjadi sangat sensitif dan sering minta dilepaskan. Saya tidak dapat menerima hakikat ini walaupun saya sedar suami saya tlh cuba yang terbaik untuk saya dan anak2. Dari segi giliran, suami berlaku adil. Nafkah zahir dan batin langsung tak berubah…masih sama spt dahulu. Namun saya masih tak dpt memaafkan suami sbb tlh menghancurkn kepercayaan saya selama ini.

Beberapa tahun lepas saya jatuh sakit dan terpaksa cuti sakit selama 5 bulan. Semasa sakit, suamilah yang mengurus saya segala2nya walaupun ada maid. Sebelum pergi kerja. pasti dia akan mandikan saya, suapkan saya makan terlebih dahulu dan akan memastikn saya benar2 selesa. Begitulah juga bila balik kerja. dia akn uruskan segala2nya. Tidak tidur malam bersengkang mata bila saya sakit. Hanya sekejab2 sahaja dia balik rumah isteri sana. Pada masa itulah saya rasa sangat kasihan dan rasa sangat bersalah pada suami.

Kadang2 saya terfikir. jika dia sakit adakah saya mampu menjaganya seperti dia menjaga saya. pernah dalam keadaan sebak dia berkata. Izinkan dia menjaga saya untuk selama2nya kerana dia sangat sayangkan saya. dan kami telah menangis sambil berpelukan. Menurutnya. Allah telah mentakdirkan beliau berpoligami dan baginya ini adalah ujian Nya untuk menguji sejauhmana kekuatan kasih sayang dan cinta kami.

Selepas sembuh, saya ada menghadiri satu program agama dan kebetulan ustaz itu sedang berceramah tajuk REDHA. ceramah ini benar2 terkesan dalam hati saya bila ustaz itu kat. semua yang berlaku adalah dari Allah. bahkn sehelai daun yang gugur jg berlaku dengan kehendakNya.

Segala ujian adalah dari Allah dan manusia adalah pelakonnya shj. Yang penting mesti redha supaya hati tenang. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Disinilah saya mula berfikir bahawa Allah menguji saya melalui suami…insan yang saya sayag. jadi kena belajar untuk redha. Jodoh, ajal dan rezeki adalah rahsia Allah.

Bermula dari situlah. saya belajar untuk memaafkn suami sebabb dia suami yang terlalu baik selama ini. Alhamdulillah. Selepas saya mula belajar untuk memaafkn suami. saya rasa lebih tenang. Dan sekarang kami seolah2 pasangan kekasih yang sedang bercinta semula. Suami makin memanjakn saya seperti pengantin baru dan sentiasa buat yang terbaik untuk saya dan anak2.

Walaupun giliran sana, dia berwassap rindu sayang dengan saya. Sentiasa tel semasa waktu bekerja semata2 nak ucapkan rasa rindu. Kami jadi saling merindu. dia tak pernah lupa tel saya sebelum tidur semasa di sana. Tapi jika giliran saya, tak nampak pulak dia tel sana sebelum tidur. Jika di sini langsung tak boleh berenggang seolah2 sudah lama tidak berjumpa sedangkan baru sehari. Kami benar2 mengisi masa hari giliran saya dengan berkualiti. Dia masih tak ada anak dengan yang sana.

Apabila saya banyak membaca kisah dalam krt ini saya menjadi insaf dan merasa sangat bersyukur sebab ramai isteri yang tak bahagia dipukul suami tak diberi nafkah, tanggung biawak hidup dll walaupun tidak berpoligami. Kawan rapat saya pernah berkata. walaupun suami berpoligami, tidak semestinya kita tidak boleh bahagia. dan tidak bermadu tidak semestinya kita bahagia. dan sekarang saya lebih bahagia apabila belajar untuk redha dan memaafkan.

Saya yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian ini dan hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Semoga saya lebih tabah dan redha. Apabila hari suami saya di sana, saya isikn masa luang saya dengan anak2, kawan2, pergi spa, kelas zumba dan kelas agama.

Dan sekarang saya sudah mula berbaik dengan madu saya. pertama kali kami bertentang mata. madu saya berkata kak, saya bukan nak rampas dan kongsi, saya cuma nak menumpang.. Menurutnya, sepanjang dia mengenali suami, tak pernah sekalipun suami bercakap tentang keburukan saya tetapi selalu bercerita tentang kebaikan saya. Dan Alhamdulillah. Sekarang kami berdua menjadi sahabat yang baik umpama adik dan kakak yang sering berkongsi sebarang cerita.

Klip Video Isteri Kantoi Dengan Suami Ada Skandal Dengan Pegawai Penjawat Awam




Sumber : KRT

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah