SHOPPE

Ramai Yang Tidak Tahu Bagaimana Untuk Mendapatkan Mesej Yang Dah DELETE dari Whatsapp

Share:

Ramai Yang Tidak Tahu Bagaimana Untuk Mendapatkan Mesej Yang Dah DELETE dari Whatsapp


Masih ramai yang tak tahu benda ini. Mesej WhatsApp yang dah “delete” boleh muncul semula. Ramai yang menggunakan ciri ‘Delete message’ di WhatsApp setelah silap menghantar mesej, lazimnya kerana typo ataupun kadang-kadang terhantar ke orang lain!

Namun, ada cara rahsia untuk mendapat semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.

Hal ini boleh menjejaskan seramai 1 billion pengguna Whatsapp sedunia apabila mesej yang telah mereka buang boleh muncul semula, lapor portal Dailymail

Cara-Cara

Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi. Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up.
Apabila mesej back-up telah dipulih kembali, semua mesej termasuk yang telah dibuang akan terus muncul.

Ia kerana WhatsApp secara automatik akan menjalankan back-up setiap hari pada 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.

Namun, ini bukan kali pertama isu timbul mengenai ciri ‘Delete for everyone’ itu.
Sejurus selepas ciri itu dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android boleh melihat mesej yang dibuang.

Walaupun pengguna tidak dapat melihat semula mesej yang dibuang itu dalam aplikasi WhatsApp, mesej itu boleh muncul semula menerusi dua cara.

Ada Dua Cara

1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul
atau

2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp

Hal ini kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.

Salah satu medium kecurangan yang berlaku kini adalah melalui aplikasi Whatsapp! Jika anda menyedari pasangan anda kerap memegang telefon bimbit dengan ‘aneh’ pada setiap hari, ini adalah artikel yang sesuai untuk anda! Tetapi jika anda ingin mengawasi Whatsapp pasangan anda sebelum berlaku perkara yang buruk juga amatlah digalakkan.

Whatsapp boleh dihack dengan melanggan aplikasi berbayar, tetapi berbaloi kah jika anda menjumpai kaedah lain yang lebih cepat dan murah? Di sini kami kongsikan teknik mudah meng’hack‘ Whatsapp pasangan anda tanpa dikesan! Apa yang anda perlukan hanyalah 3 perkara : smartphone pasangan anda, smartphone/laptop milik anda serta sambungan internet!

Salah satu cara yang mudah adalah anda hanya perlu meminta telefon pasangan anda dengan alasan untuk menghantar mesej kepada rakan anda dan katakan bahawa telefon anda kehabisan kredit.

Tekankan bahawa hal tersebut adalah urgent dan anda sangat-sangat memerlukan telefon pasangan anda untuk membuat pesanan ringkas kepada rakan anda. Tunjukkan kesungguhan tersebut supaya si dia yakin dengan anda dan memberikan telefon bimbitnya kepada anda!

Terdapat 2 cara yang boleh digunakan sama ada melalui smartphone ataupun laptop.

LAPTOP (*Video bermula pada minit 1:27.)

SMARTPHONE

Penggunaan smartphone untuk membuka whatsapp pasangan anda adalah sama dengan kaedah laptop, iaitu dengan cara anda menggantikan smartphone anda sebagai alat untuk melayari ‘Whatsapp Web’ melalui Google Chrome handphone anda.

1.Buka laman web Google Chrome pada smartphone kepunyaan anda dan pergi ke laman web ini Pastikan anda memilih untuk ‘request dekstop site’ di bahagian settings pelayar internet anda.
Lakukan prosedur yang sama kepada smartphone pasangan anda seperti dalam video di atas atau dibawah!

Video di bawah menunjukan teknik membuka whatsapp pasangan anda menggunakan smartphone tetapi kualiti video nya kurang baik. Anda boleh tonton untuk lebih faham teknik bagi penggunaan smartphone

Whatsapp Tricks And Hacks





Sumber : vnews


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah