Sakit Dah Nazak Tapi Tak Mati-Mati Jugak, Rupa-Rupanya....
Walaupun zaman sudah berubah dan semakin moden, masih ada lagi yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan sesuatu.
Demi untuk dipandang manis, tidak berusia dan kebal, ada yang menanam susuk di bahagian tertentu badan.
Seperti pengalaman yang dikongsi Dr Nurilyani Bujang ini, beliau pernah berdepan dengan pesakit masalah paru-paru yang rupa-rupanya memakai susuk.
Ikuti perkongsiannya dibawah :
Aku ni jarang kena benda benda pelik. Allah tutup hijab aku supaya jarang nampak benda benda ni supaya aku tak takut kalau on call, merayap satu hospital malam malam buta ambil kes kes rujukan. Naik tangga hospital yang gelap dan seram. Naik lif yang berbunyi keriut keriut yang ngeri…. Aku bersyukur sebenarnya.
Cuma ada satu je pengalaman aku waktu 2008 yang betul betul real yang sampai sekarang kalau aku ingat memang bulu roma aku naik meremang.
2008, maknanya lebih kurang 11 tahun lepas.
Waktu tu aku bertugas sebagai pegawai perubatan di ICU di sebuah hospital tanah air.
Dapat lah satu kes rujukan dari Red Zone, Emergency Department.
ED hospital ni jauh juga lah, dekat basement. ICU nya pula di tingkat 5.
Aku diberitahu yang lelaki ini berusia sekitar 50an, datang dengan masalah paru-paru. Seoorang perokok tegar. Punya lah teruk paru paru tu kena masuk kuman sampai saluran pernafan lelaki tersebut hampir tertutup dan dia hampir hilang nyawa tak boleh bernafas.
MO di ED cepat cepatlah lakukan proses intubasi. Intubasi ni adalh proses dimana seseorang itu di bius dan kemudian dimasukkan tiub pernafasan sehingga melepasi kerongkong. Kemudiannya pesakit itu dinafaskan melalui mesin.
Aku yang muka selenga separa mengantuk pun pergilah periksa lelaki ni.
Lepas periksa, aku pun duduk depan computer, nak tengok X ray lelaki ni.
Kau tau apa yang aku nampak ????
Selain dari paru paru berkuman tu, satu badan lelaki ni penuh dengan SUSUK!!
Meremang woii… Terus hilang ngantuk aku. Bulat bijik mata tengok X ray ni.
2 bulan lelaki tu duduk kat ICU.
Berkali kali dia macam nazak, tapi tak pergi pergi. Baik pun tidak. Mati pun tidak.
2 bulan tu staff staff banyak yang kena ‘ganggu’. Aku tak pasti lah samaada ianya disebabkan oleh benda itu, atau ada benda lain.
Disebabkan tak boleh tahan kena gangguan akhirnya Ketua Jabatan kami jumpa keluarga supaya suruh berubat untuk buang ilmu lelaki tu. Kalau umur dia panjang, biar lah dia sihat, kalau memang dah ajal, kita biarlah dia pergi dengan aman.
Itu lebih baik dari biar dia jadi macam mayat hidup di katil ICU. Nak mati, tapi tak mati mati.
Keluarganya pun berusaha pergi cari org yang pandai pandai dalam bab bab ilmu mistik ni.
Akhirnya mereka bawa satu ustaz datang ICU untuk tengok lelaki tu.
Ustaz ada permintaan, waktu upacara itu, tingkap ICU nak minta buka sedikit. Nak bagi benda tu keluar. Kami ni pun akurlah.
Waktu upacara membuang benda tu, boss aku semua pesan, minimumkan orang dalam ICU. Takut lah pulak kalau jadi apa-apa. Buatnya benda tu pindah kat orang lain, tak ke naya.
Lepas upacara itu beberapa hari (aku tak tonton upacara- aku penakut) lelaki tu meninggal.
Tapi perkara ni tak berhenti di sini sahaja.
Benda tu pindah pulak duduk berjuntai kat rel langsir.
Mula mula kami buat tak tau.
Tapi semua pesakit baru yang duduk katil bekas lelaki tu akan cakap benda yang sama. Nurse nurse aku pun pernah ternampak.
Sejak tu makin selalulah kami buat bacaan Yasin, buat solat hajat. Buat macam macam doa supaya kerja kerja kami ni dipermudahkan. Berbulan juga benda tu nak hilang.
…..
Bila aku ingat ingat balik… isk… seram…
Dah toksahlah nak main-main dengan ilmu ilmu hitam ni.
Dosa besar.
Nak mti pun seksa.
Kami yang tak pasal pasal ni pun kena ganggu dengan benda benda tu. Padahal kami ni nak menolong sahaja.
Gambar X ray susuk ni aku ambil dari internet. Aku tak boleh nak upload gambar X ray lelaki tu.
Bila aku tengok X ray ni, aku terfikir, tak sakit ke tanam jarum banyak banyak dalam badan???
Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq
Proses Keluarkan Susuk Dari Wajah
Sumber : Dr Nurilyani Bujang via ohbulan
No comments
Thanks For Comment !!! :)