SHOPPE

Gara-Gara Memuat Naik Gambar Di Laman Sosial, Netizen Tertanya-Tanya Hubungan Syed Abdullah Dan Emma Maembong

Share:

Gara-Gara Memuat Naik Gambar Di Laman Sosial, Netizen Tertanya-Tanya Hubungan Syed Abdullah Dan Emma Maembong


Sejak kecoh dua foto Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tersebar di laman sosial pada 28 Januari lalu, pasangan ini dilihat mengambil langkah berhati-hati dalam hubungan mereka.

Malah mereka juga telah memadam foto bersama yang dimuat naik di laman sosial,selain sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Tindakan itu juga menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan mereka selepas insiden itu.

Terbaharu, Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu telah memuat naik gambar bersama Emma ketika menghadiri majlis perkahwinan dipercayai kenalan mereka di Shah Alam, Selangor.

Hanya menulis kapsyen congratulations (tahniah) kepada pasangan mempelai, ruang komen pada gambar itu kembali menjadi hangat memperkatakan tentang hubungan Syed dan Emma.

Ramai mendoakan agar Emma dan Syed Abdullah segera bertemu jodoh.

Ramai tidak menyangka mereka masih bersama namun mendoakan agar hubungan tersebut akan berakhir dengan perkahwinan.

“Wow masih bersama! Tolong halalkan hubungan cepat ya. Saya doakan untuk kebahagian anda berdua.

“Boleh tak kalau nak sangat tengok Emma kahwin dengan Syed sebab anda berdua nampak sepadan sangat,” antara komen pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun menerusi tinjauan mStar Online di Instagram Syed dan Emma, mereka masih belum mengikuti profil masing-masing.

Pada akhir Januari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran foto tidak bertudung dan berpakaian seksi pelakon itu bersama Syed di laman sosial.

Ekoran kontroversi itu, Emma membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung atas kehendaknya sendiri.


Syed Abdullah pertahan diri dituduh punca Emma Maembong buka tudung

KEPUTUSAN pelakon Emma Maembong memilih untuk tidak lagi memakai tudung selepas lima tahun menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.

Rata-ratanya mengecam tindakan Emma itu dan ada segelintir pula berpendapat keputusan tersebut dibuat disebabkan kehendak Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Laman sosial abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq, itu diserang netizen yang menganggap dia menjadi punca Emma tidak bertudung.

Biarpun ramai netizen mengecam namun Syed Abdullah bersyukur masih ada lagi pihak yang berfikiran positif dan berterima kasih kepada yang menegurnya secara baik.

“Apabila seribu komen mencari jalan untuk membawa anda jatuh ke bawah, satu komen mengingatkan anda bahawa ada wujud orang yang baik.

“Terima kasih atas teguran. Syed hargai komen ini,” katanya membalas komen positif salah seorang pengikut di laman sosialnya.


Emma mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung sejak empat hari lalu atas kehendaknya sendiri selepas tersebar foto dia bersama Syed Abdullah yang menjadi tular di media sosial.

Emma memberitahu bukan mudah untuk dia istiqamah dengan mengekalkan imej bertudung dan dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.

Dalam pada itu, Syed Abdullah meluahkan rasa kecewa terhadap tuduhan segelintir netizen yang mengatakan dia adalah penyebab Emma buka tudung.

Bagaimanapun, Syed Abdullah menganggap apa yang berlaku dan kecaman terhadapnya itu sebagai satu cabaran.

“Kata-kata daripada seseorang yang faham. Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed la penyebabnya. Sebaliknya, Syed terima semua ini sebagai cabaran,” katanya.

Sebelum ini, dua foto Emma dan Syed Abdullah telah tersebar di laman sosial pada 28 Januari lalu dan menerima kecaman netizen.

Emma telah menafikan dia adalah individu dalam salah satu foto tersebut yang memperlihatkan seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.

Lagi Gambar PANAS EMMA MAEMBONG Tersebar.. Siap Berpeluk! Aduhai, Apa Dah Jadi Ni?




Sumber:MSTARONLINE

#emma
#emmamaembong
#syedabdullah

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah