Kisah Misteri Pembunuhan Kejam Frog Boys Di Korea Selatan
Kanak-kanak ini terdiri dari Cheol-won Woo (13), Ho-yeon Jo (12), Yeong-gyu Kim (11), Chan-in Park (10) dan Jong-sik Kim (9).
Cuti Peristiwa
Sebenarnya, 26 Mac 1991 ialah hari cuti peristiwa, kerana itulah hari pertama pilihan raya dilaksanakan di seluruh negara dalam sejarah Korea Selatan.Pada pukul 8.00 pagi, enam orang kanak-kanak (lima orang ‘Frog Boys’ dan seorang kanak-kanak lain bernama Tae-ryong Kim) bermain dekat dengan rumah salah seorang Frog Boys, iaitu Ho-yeon Jo. Mereka tidak ke sekolah kerana cuti peristiwa tersebut. Hari itu, mereka bercadang menghabiskan masa di luar.
Tetapi salah seorang yang menyewa di rumah Ho-yeon telah menegur mereka disebabkan budak-budak itu terlalu bising. Budak-budak itu disuruh beredar dari situ dan pergi bermain di tempat lain.
Pada masa ini, budak bernama Tae-ryong Kim pergi dari situ dan balik ke rumahnya untuk bersarapan. Lima Frog Boys yang lain kemudiannya bergerak menuju ke gunung Waryong, membawa bersama tin kosong dan batang kayu.
Abang Ho-yeon terserempak mereka semasa dia merayau menaiki basikal. Budak-budak itu beritahu mereka ingin naik ke gunung disebabkan hendak mencari telur salamander. Kemudian, Tae-ryong yang telah habis bersarapan, keluar untuk menyertai kawan-kawannya semula. Dia terserempak mereka di jalan masuk trek hiking gunung Waryong.
Bila kawan-kawannya memberitahu ingin hiking di gunung Waryong, Tae-ryong membatalkan hasrat ikut serta kerana ibunya sudah beri amaran agar jangan merayau terlalu jauh. Tae-ryong terus pulang ke rumah, dan lima orang Frog Boys kemudiannya mula menjelajah kawasan gunung tu.
Hilang
Pada pukul 6.00 petang hari itu, ibu bapa Frog Boys perasan mereka semua belum balik, dan mula rasa bimbang. Mereka mula mencari anak-anak mereka di gunung Waryong, tetapi tidak menjumpai apa-apa.Pukul 7.50 malam, laporan polis mengenai kehilangan Frog Boys telah dibuat. Polis mempercayai budak-budak itu tersesat di gunung Waryong. Gerakan mencari dibuat serta-merta. Polis dan semua penduduk kampung cuba mencari budak-budak itu sehingga pukul 3.00 pagi.
Tetapi Frog Boys tak dapat dikesan.
Stesen televisyen mula melaporkan berita kehilangan mereka selepas itu. Dalam laporan berita, kanak-kanak itu dikatakan naik gunung kerana cari telur katak (disebabkan penonton Korea ramai tidak tahu apa itu salamander). Disebabkan itu, semua kanak-kanak yang hilang itu lebih dikenali dengan jolokan ‘budak-budak katak’ atau ‘Frog Boys’.Pencarian Besar-besaran
Dalam usaha untuk mencari Frog Boys ini, beribu risalah telah diedarkan dan lebih 300,000 orang anggota polis dan tentera telah membantu. Mereka bukan sahaja dicari di gunung Waryong, malah di seluruh negara: gunung-ganang, sungai, taman, stesen bas dan stesen keretapi.Pelbagai syarikat dan individu mendermakan wang berjumlah 42 juta won (RM 144,669.00 pada masa itu) sebagai ganjaran kepada sesiapa yang menjumpai Frog Boys.
Pelajar sekolah rendah Frog Boys telah menganjurkan kempen ‘cari Frog Boys’ dan kotak susu segar pula dicetak gambar mereka. Ada ibu bapa budak-budak yang hilang ini telah berhenti kerja kerana menumpukan untuk mencari mereka sepenuh masa.
“Pulanglah Frog Boys”
Pada tahun 1992, satu filem berjudul ‘Come Home, Frog Boys’ mengenai kehilangan lima orang Frog Boys telah disiarkan di televisyen. Pada masa itu, tiada petanda terdapat sebarang unsur jen4yah dalam kehilangan mereka berlima.Ramai yang optimis menganggap, budak-budak itu merajuk kerana perselisihan faham dengan keluarga, menyebabkan mereka sengaja mengembara dan menyembunyikan diri. Filem ini dibuat bertujuan untuk memujuk Frog Boys agar pulang ke rumah.
Namun begitu, walaupun dengan penubuhan satu unit polis yang beroperasi hingga tahun 2001 untuk menyiasat kehilangan mereka, tidak ada sebarang khabar berita mengenai keberadaan lima kanak-kanak tersebut. Dalam tahun-tahun berikutnya, bermacam-macam spekulasi mengenai kehilangan mereka telah timbul.
Ada yang syak budak-budak itu dicvlik makhluk asing. Ada yang berspekulasi mereka dicvlik pihak berkuasa Korea Selatan untuk eksperimen sains perubatan. Malah ada yang menuduh ibu bapa budak-budak itu sendiri yang telah membvnuh dan kemudian menanam mayat anak-anak mereka.
Dan kisah kehilangan Frog Boys semakin dilupakan oleh penduduk Korea Selatan. Cheol-gyu Kim, bapa pada salah seorang Frog Boys, Yeong-gyu Kim, telah men1nggal dunia kerana kans3r hati Oktober 2001 pada usia 49 tahun. Dia telah menghabiskan masa sejak 1991 mengembara ke seluruh Korea Selatan untuk mencari anak lelakinya. Kebanyakan dari ibu bapa Frog Boys dan ahli keluarga mereka juga sudah berpindah ke negeri lain.
Penemuan yang mengejutkan
Pada 26 September 2002, dua orang lelaki yang sedang memetik buah oak di pinggir gunung Waryong terjumpa cebisan pakaian dan tulang manusia. Mereka kemudiannya memaklumkan penemuan mereka kepada polis.Dari pakaian, serta rekod pergigian, polis mengesahkan bahawa akhirnya, selepas 11 tahun, m4yat Frog Boys telah ditemui. Keadaan m4yat mereka seolah-olah berlonggok. Pada masa itu, polis menganggap mereka men1nggal dunia kerana kesejukan.
Kesimpulan polis itu mendapat bantahan penduduk kampung. Ini kerana budak-budak itu sudah mahir dengan selok-belok gunung Waryong dan kawasan sekitarnya. Mereka sudah banyak kali hiking di gunung Waryong, dan m4yat mereka ditemui hanya dua kilometer dari rumah mereka. Jika mereka kesejukan, takkan mereka tidak terdengar bunyi trafik dan juga nampak sebarang cahaya?
Polis mendakwa tiada unsur j3nayah pada mayat mereka, walaupun ada antara tengk0rak budak-budak itu yang berlubang.
Spekulasi Awam
Pada tahun itu juga, khabar angin berlegar bahawa Frog Boys telah ditemb4k secara tidak sengaja dari satu kawasan menembak tentera yang berdekatan dengan gunung Waryong, dan kemudiannya m4yat mereka telah disembunyikan oleh pasukan tentera untuk menghapuskan bukti kem4langan. Namun ini sekadar spekulasi liar.Ada yang menyatakan senj4ta pembnuhan ialah pemutar skru (kerana tengk0rak berlubang), tapi apa yang lebih menakutkan ialah terdapat lebih dari satu lubang di tengkorak kanak-kanak tersebut, di mana coraknya konsisten. Ini menunjukkan, terdapat kemungkinan mereka telah dibnuh menggunakan sejenis alat untuk membnuh binatang di rumah semb3lihan.
Penyiasatan Terperinci
Bagaimanapun, penyiasatan terperinci telah dijalankan pada m4yat mereka untuk mengenal pasti punca kem4tian, dan akhirnya polis telah mengesahkan kesilapan mereka. Kelongsong peluru telah ditemui berdekatan mayat Frog Boys. M4yat mereka diikat dengan salah satu dari lengan baju salah seorang dari kanak-kanak itu.Cara simpulan lengan baju yang diikat menggunakan ikatan Reef menunjukkan, ia dilakukan oleh seseorang yang mahir dalam ikatan bagi kegunaan dalam industri. Tengk0rak mereka tembuk, besar kemungkinan akibat pukulan objek tumpul, atau t1kaman dari satu objek tajam yang tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.
Lumut telah tumbuh dalam tengkorak mereka dan ini menandakan mereka telah ditanam secara tergesa-gesa. Ini kerana, m4yat mereka ditanam di dalam saluran di pinggir gunung dan air yang mengalir akhirnya menghakis tanah dan menyebabkan m4yat mereka timbul ke permukaan tanah tidak lama selepas ditanam.
Mayat mereka sudah terdedah kepada udara dan hujan buat beberapa lama menyebabkan lumut tumbuh di tengkorak. Dua tengk0rak didapati ada kesan d4rah, manakala dua tengk0rak lagi terdapat kesan lubang akibat temb4kan.
Kes ‘Frog Boys’ kini bukan lagi kes kanak-kanak hilang, tetapi mereka sebenarnya ialah m4ngsa pembnuhan. Tidak lama selepas m4yat mereka ditemui, upacara sembahyang telah diadakan di kaki gunung tapak mayat mereka ditanam.
Mayat mereka akhirnya dikebmikan pada 25 Mac 2004, dan tengk0rak mereka didermakan pada Universiti Gyeongbuk untuk kajian perubatan.
Akta Had Masa
Tidak ada petunjuk atau perkembangan baru mengenai kes ini sejak bedah siasat dilakukan pada tahun 2002. Pada tahun 2006, kes ini mencapai ‘tarikh luput’. Di Korea Selatan, terdapat akta had masa selama 15 tahun untuk kes bvnuh, bagi tindakan undang-undang diambil terhadap pesalah.Disebabkan sudah 15 tahun ia berlaku, kes ini ditutup kerana siapa saja yang melakukannya tidak boleh didakwa di mahkamah sekiranya dapat ditangkap selepas had masa.
Namun begitu, pada Julai 2015, Korea Selatan telah memansuhkan akta ini. Jadi kemungkinan masih ada harapan untuk Frog Boys mendapat pembelaan dan ahli keluarga mereka juga boleh mendapatkan keadilan. Pada tahun 2011, sebuah filem mengenai kisah pembnuhan Frog Boys telah ditayangkan di pawagam, berjudul Children… (A-i-deul…).
Filem ini bagaimanapun mendapat kritikan kerana memasukkan unsur fiksyen dalam penceritaannya, serta beberapa fakta yang tidak tepat.
Suspek
Seorang ahli psikologi forensik Korea Selatan menyatakan pandangannya, bahawa alatan yang digunakan untuk pembnuhan ini, dari kesan retak dan lubang pada tengk0rak Frog Boys ialah senjata yang luar biasa.Cara simpulan lengan baju yang mengikat mayat mereka, telah mengecilkan suspek kepada mereka yang bekerja dalam bidang perkapalan atau automotif. Selain ini, tidak banyak yang diketahui mengenai pembnuh Frog Boys.
Penutup
Seung-hun Ham, juga pelajar di sekolah yang sama dengan Frog Boys berkata dia tidak melihat Frog Boys tetapi telah terdengar jer1tan mereka. Seung-hun memberitahu, pada hari kejadian, hujan turun renyai dan angin bertiup kuat.Rumahnya terletak di kaki gunung Waryong. Dan pagi itu, dia juga merayap di kaki gunung kerana mencari telur salamander bersama adik-beradiknya. Ketika sampai ke satu kawasan perkuburan di pinggir gunung, dia terdengar dua jer1tan berturut-turut, dengan jarak 10 saat. Disebabkan jer1tan itu kedengaran betul-betul sebelum waktu makan tengahari, dia menganggarkan telah terdengar jer1tan itu pada pukul 11.30 pagi.
Menceritakan semula pengalamannya pada tahun 2002, Seung-hoon waktu itu sudah menjadi pelajar kolej, memberitahu dalam satu temubual:
Memang saya tak ragu-ragu saya terdengar dua jer1tan waktu itu. Saya takkan dapat lupa jer1tan itu sampai bila-bila.
Dan apa yang menarik, ibu Jong-sik Kim, Do-sun Huh dan ibu Yeong-gyu Kim, Kyung-hee Choi, memberitahu polis pada 1991 bahawa mereka berdua secara serentak merasa kecut perut tanpa sebab pada jam 11.30 pagi hari kehilangan Frog Boys.
Siapakah yang telah membunuh lima orang kanak-kanak malang itu? Kes ini kekal sebagai antara kes pembnuhan yang tidak dapat dirungkaikan, dan antara kes yang paling masyhur di Korea Selatan.
The Unsolved Mystery of the Frog Boys
Sumber : edisimedia
No comments
Thanks For Comment !!! :)