SHOPPE

Ramai Yang Tidak Tahu Jackie Chan Pernah Berlakon Bersama Dengan Bruce Lee,Jet Li Dan Donnie Yen

Share:

Ramai Yang Tidak Tahu Jackie Chan Pernah Berlakon Bersama Dengan Bruce Lee,Jet Li Dan Donnie Yen



Jackie Chan mencatat sejarah yang tersendiri dalam dunia perfileman. Apabila beliau pernah berlakon dengan tiga pelakon legenda tempur antarabangsa yang lain iaitu Bruce Lee,Jet Li dan Donnie Yen dalam filem yang berasingan.

Dimana, Jackie pernah berlakon dengan Bruce Lee pada tahun 1973 dalam filem Enter The Dragon. Dalam filem ini, Jackie hanyalah pelakon tambahan yang dibelasah teruk oleh Bruce Lee. Mungkin ramai yang tidak perasan, kerana ketika itu Jackie baru saja berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Lakonan Jackie bersama Jet Li pula dalam filem The Forbidden Kingdom pada tahun 2008. Pertemuan antara dua legend dalam filem ini adalah sesuatu yang baru dan mengujakan bagi peminat filem tempur antarabangsa pada ketika itu.

Manakala, lakonan Jackie bersama Donnie Yen dalam filem Shanghai Knights pada tahun 2003. Mungkin ramai yang tidak perasan akan kelibat Donnie Yen yang berpakaian panglima tentera China yang bertarung dengan Jackie dalam filem ini. Kerana pada masa itu, Donnie Yen masih baru di layar perak antarabangsa.

Dengan penglibatan dalam ketiga-tiga filem ini, Jackie mencipta sejarah pertemuannya yang tersendiri dengan lagenda filem tempur yang lain. Lebih unik, dalam keempat-empat lagenda tempur ini, Jackie adalah satu-satunya jaguh tempur yang kelakar dan menyelitkan komedi dalam filem-filem lakonannya.

Ramai Yang Tidak Tahu Jackie Chan Pernah Berlakon Bersama Dengan Bruce Lee,Jet Li Dan Donnie Yen





Legends of Martial Arts - Tribute




#jackiechan
#brucelee
#jetli
#donnieyen


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah