SHOPPE

Kisah Benar Isteri Rasa Puas Bila Bermadu

Share:

Kisah Benar Isteri Rasa Puas Bila Bermadu


Assalamualaikum. Pertama thanaks sangat la sudi share this story kat public. Since sejak akhir2 ni story madu or p0ligami jadi modal buat wife2 luar sana tag husband masing2. Haha. Ni cerita saya 360 darjah berbeza.Saya kahwin muda umur 22. Kira muda la kan.

Pilihan sendiri. Family tak pernah masuk campur hal pilihan hati ni. Tapi pilihan saya masa tu suami orang. Macam mana family boleh terima? Mungkin sebab husband saya memang jujur dari awal lagi.Husband saya ni dah kahwin dengan kak madu (wife prtama la) dah dekat 10tahun.

Tapi dieorg tahu memang ada masalah zuriat since 3tahun pertama kahwin lagi. Slow2 kak madu lembut hati suruh husband kahwin lain.Sampai tahap husband kena pindah kak madu tak nak ikut sebab nak bagi ruang husband cari yang no.2. Ada jugak jumpa 2@3 orang tapi tak menjadi. Mostly girls tu tak sanggup bermadu. Even kak madu yang cakap sendiri dengan girls tu dia izinakan.

Sampai la satu hari saya kenal husband kat baitulmuslim online. Haha. Kat situ option poligami saya memang tick ya boleh dipertimbangkan. Haa berduyun hantar request. Hihi.

Tapi mostly lelaki yang ajak saya p0ligami bila saya tanya kenapa perlu p0ligami. Dia tak mnjawab or tak ada jawapan yg kukuh. Tapi husband saya masa tu 2@3 hari kiteorg chat terus dia bagi satu msj yang panjang berjela explain hasrat hati dia untuk berkahwin lagi satu.

Masa tu la dia cerita masalah zuriat and wife pertama bagi. Then die minta no fon untuk kak madu contact . Saya bagi je. Esoknya terus kak madu call. Lama kami borak. 1st impression dia memang sangat bersifat kakak.

Then sy jumpa husband selang berapa hari. Pertemuan pertama dia explain lagi. Dia bagitau planning dia. If dia kahwin lagi satu. Kak madu duk mana wife no 2 duk mana. Serba sedikit dia memang dah planning. Saya pun bagitau planning saya.

My future planning if dah kahwin. Saya nak future study. Itu ini. Semua lancar. Tanpa disangka pertemuan pertama kiteorg dah discus hal kahwin. Pelik. Tp semua smooth je. Sungguh nikah kami dipermudahkan. Semua dengan izin kak madu.

Pada mlm pertama perkahwinan, sy mcm biasa masih malu2, suami cuba tenangkan sy, dia buka tudung sy, dia cuba terangkan situasi dia dan kak madu,sy jd tenang bila dia terangkan masalah zuriat yg dihadapi kak madu. Aku masa baru2 kahwin kiteorg pjj. Sebab saya masih study agak jauh dari husband.

Setahun jugak pjj. Dengan wife pertama pun husband pjj. Kesian dia. Kak madu tak nak tinggalkan mak dia. Sbb dia anak tunggal. So husband izinakan. So poligami kami awal2 dah kata tak ada istilah gilir2 bermalam. Ikut time husband punya kerja. Benda pertama dia minta wife2 dia redha isu bergilir dia tak dapat adil. Kak madu ok. Saya lagi ok.

Setahun lepas tu baru balik duduk full time dgn husband. Boleh dikata memang husband lebih banyak dengan saya. Sebab saya yang pindah duduk kat rumah husband. Saya dah tak ada komitmen lain. Dengan kak madu masih pjj. Kami johor. Kak madu kedah. So 2minggu sekali husband balik kedah. Kalau ada rezki outstation kat sana dapat la husband jumpa kak madu lama sikit.

Hidup kami tak ada cemburu. Mesti kata tipulah hati perempuan. Sungguh. Pihak saya tak ada. Sebab saya pegang prinsip nih. Kalau husband balik sana pun jumpa dengan wife dia. Isteri yg halal. Buat pa cemburu?? Logik tak. Daripada husband kita dalam dakapan orang yang tak halal. Sanggup??

Saya rsa nikmat poligami bila saya ada waktu cuti. Time husband balik kedah saya rehat. Rehat dari layan suami. Boleh manjakan diri pergi spa salon. Seronok. Time tu suami dah ada orang jaga tak risau dah. Itu nikmat. Tak semua faham. Dan tak semua boleh hadam. Tak pa. Hihi.

Alhamdulillah sekarang dah ada anak. Baru setahun lbh. Kak madu layan anak saya macam anak dia. Kiteorg tak ada gap. Bila jumpa setahun sekali raya pun ok dah. Jumpa boleh makan satu pinggan. Boleh gelak2. Cubit2.

Memang dah anggap dia mcam kakak. Oh tahun pertama kahwin je kiteorg dapat raya bertiga sama2. Tahun berikutnya dah ada baby so payah sikit travel. So kakmadu yg balik johor tengok kami. Kemudian dia balik kedah dengan suami. Benda tu take it simple settle dah.

Kalau nak banding saya dengan kak madu. Sungguh kak madu lg penyabar. Saya selalu ngadu kat kak madu. Husband macam ni la. Mcam ni la. Yela sy muda kot. Darah muda yang baru nak kenal husband. Sikit2 touching. Kak madu la jadi orang tengah.

Kak madu la yang buat saya lebih kenal suami. Kami bertiga pasang goals sama2. Nk buat umrah haji sama2. Saling ingatkn tentang goals isteri solehah. Tak smua kami boleh kongsi. Tp dengan berkongsi kasih suami banyak benda kami belajar. Hari2 belajar didik hati. Tu paling penting.

Syukur dah dekat 3tahun lebih perkahwinan poligami kami tiada masalah. Even ada yg membakar or ada yang menyinggung hati. Sebagai suami dia pandai menyabarkan kami. Kukuhnya perkahwinan semua guide dari suami. Kami berlapang dada dalam semua aspek.

Benda tu perlu semai. Perlu dipupuk. Kenapa nak mempertahanakan hak yag bukan hak? Suami bukan hak kita dia pinjaman je kat dunia ni. Ada rezki jd isteri solehah jadilah bidadari dia kat syurga nanti. Tapi kalau kat dunia dah tentang suami payah la kn.

Mungkin kisah saya jauh beza. Ye tak nafikan lebih ramai lelaki yang tak mampu adil malah tak mampu didik isteri yang ada tapi masih nak poligami. Kalau pattern tu pun saya tak setuju. Cuma satu. Buat para isteri. Satu benda yang isteri2 tak boleh hadam realiti sang suami adalah kemahuan. Ya kemahuan. Word naffsu tu keejam. Tp kita fahamkan istilah kemahuan.

Macam mana kakmadu kumpul kekuatan untuk izinakn suami dia beristeri lagi. Sebab dia sedar kekurangan dia untuk mencukupi kemahuan suami dia. Dia sedar. Dia tak eg0. Dia tak pertahanakan jadi milik dia macam boneka. Dia tak pentingkn diri. Malah dia usaha cari solusi untuk mencukupkan kemahuan si suami.

Benda ni saya tahu dari mulut dia sendiri. Mnitis air mata dengar sebak seorang isteri yangg menyalahkan diri bertahun2 kerana kekurangan diri…kakmadu banyak kali ulang awak anugerah buat akak dan abang. This words cukup untuk padamkan api cemburu bila dijentik syaitan. Thanaks akak.

Maka kalau satu hari saya sendri dah tak mampu mencukupkan kemahuan suami saya juga berbesar hati mencari solusi. Melihat pengorbanan kakmadu. Suami bertambah kasih dengan dia. Even dia tak dapat sesuatu dari seorang bernama isteri tapi mereka boleh bertahan sebab kasih sayang.

Sungguh saya kagum. They create true love on my eyes. Mcm mna suami boleh kasih dan terus cinta pada kakmadu. Selama tu saya rasa selamat dengan dia. Coz he will do the same things on our marriage too. Insyaallah.Madu awak.

– hunny via utusan kami

Hukum Berkahwin dgn Suami Orang Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama | Dato' Dr MAZA



#krt
#kisahrumahtangga

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah