SHOPPE

Siapa Sangka Gadis Cantik Ini Mengidap Penyakit Kronik

Share:

Siapa Sangka Gadis Cantik Ini Mengidap Penyakit Kronik


Seringkali kita mendengar kisah ibu tiri yang memilih kasih terhadap anak tiri kerana anak itu bukan lahir dari rahimnya. Namun hakikatnya, ada ibu tiri yang penuh sifat kasih, yang ikhlas menjadi ibu pada anak-anak suaminya. Jauh sekali dilayan sebagai anak tiri bahkan kasih sayang yang dicurahkan selayaknya umpama anak kandung tidak terkurang sedikit pun.

Seperti kasih ibu tiri ini, Puan Marliani yang membesarkan anak tirinya selayaknya seorang ibu kandung sejak 14 tahun lalu. Namun, siapa sangka kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila Nurul Natasha yang kini berumur 24 tahun menderita penykit SLE sejak berusia 17 tahun. Kini dia hanya mampu terbaring lemah bergantung pada bantuan oksigen sepenuhnya untuk hidup.

Ibu tiri yang sering diberi pandangan n£gatif oleh sesetengah orang inilah yang bertungkus lumus menjaganya. Dengan linangan air mata, kata Puan Marliani kasih sayang pada anaknya ini tidak berbelah bahagi. Ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Sebak!

Bismillah… Benar kasih ibu tiada galang gantinya namun selagi punya naluri seorang ibu.. kasih seorang ibu tiri juga tidak boleh dipertikaikan.


Pn Marliani bt Zulkamel , seorang ibu tiri yang menjaga anak tirinya bagaikan anak kandung sendiri. Beliau mengahwini suaminya seorang duda yang kemat!an isteri ketika usianya 24 tahun. Dua tahun selepas berkahwin… anak tirinya, Nurul Natasha Binti Othman yang ketika itu berusia 9 tahun dan sebelum ini dijaga nenek diambil menetap bersamanya.

Bersama ayah Nurul pula, Pn Nani dikurniakan 5 orang anak yang masih kecil – kecil lagi. Segalanya indah belaka pada awalnya. Pendapatan ayahnya sebagai pemandu lori cukup untuk membuatkan mereka sekelurga hidup bahagia dan serba cukup.

Bagaimanapun ketika berusia 17 tahun, Nurul mulai jatuh sakit. Selepas SPM , dia melanjutkan pelajaran di sebuah IPTS di KL dan ketika di sana dia memaklumkan kepada ibu tirinya, badannya tiba-tiba b£ngkak dan sakit.

Dia di bawa pulang ke Sg Petani dan sejak itu.. dari hari ke hari keadaannya bertambah teruk. Dia terpaksa berhenti belajar bila akhirnya dia disahkan SLE. Apakah SLE?. Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindak-balas dengan tisu badan pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.


Keadaan kesihatan Nurul menyebabkan kehidupan mereka telah berubah. Ayahnya tidak lagi bekerja seperti dahulu. Kalau dulu, dia menjadi pemandu sepenuh masa, kini dia bekerja mengikut gaji hari dan trip.

Semuanya kerana dia terpaksa berulang alik ke hospital membawa Nurul mendapatkan rawatan. Habis mereka bergolok bergadai demi merawat Nurul.

Dua tahun lalu , Nurul juga telah menjalani keme0terapi sebanyak enam kali dan sejak itu keadaan kesihatannya semakin merosot hinggalah akhirnya sejak dua bulan yang lalu, dia hanya mampu terlantar dan memerlukan bantuan oksigen sepenuhnya .

Dia juga perlu menjalani pemeriksaan di hospital dua minggu sekali. Dan sejak dua bulan lalu, ayahnya semakin kurang keluar bekerja kerana selalu saja terpaksa bekejar ke hospital tengah malam kerana keadaan Nurul yang semakin tenat.

Bagi ayahnya, Encik Othman … beliau rela mengepikan sementara kerjanya walaupun sedar risik0nya mereka akan kesempitan kerana ingin memberikan yang terbaik buat Nurul. Jauh di sudut hatinya, sekiranya ditakdirkan Nurul pergi, sama seperti yang pernah dialami oleh arwah ibunya akibat sakit yang sama ini dulu.. sudah tiada penyesalan lagi di hatinya kerana telah berusaha memberikan yang terbaik buat Nurul.


Kasih si ibu tiri… sejak Nurul sakit bertahun-tahun, dialah yang menjaga Nurul di wad. Ayah Nurul menguruskan adik-adik di rumah. Kalau di rumah pula.. ibu tiri inilah yang memandikan, menyiapkan dan menyuapkan malah menguruskan segalanya untuk Nurul.

Bahkan dalam linangan air mata.. dia menyatakan kasih sayangnya pada Nurul tidak berbelah bahagi apatah lagi sejak terlantar … Nurul hanya mampu memanggil namanya . Semoga dengan tabung kita hari ini , dapat membantu keluarga Nurul yang benar-benar di tengah kegentingan ini menyediakan segala keperluannya termasuk sebuah kerusi roda selain keperluan utama susu dan lampin pakai buang.

marilah sama2 kita mendoakan semoga adik nurul sihat sejahtera hendaknya…insya Allah.

Tabung ini akan ditutup dan post ini akan dipadam setelah jumlahnya mencukupi. Kita permudahkan orang .. InshaAllah akan ada insan yang Allah kirim untuk permudahkan kita satu hari nanti. Atas segala budi dan jasa ..hanya Allah sebagai saksi. Terima kasih. Wassalam

APAKAH ITU PENYAKIT SLE DAN ADAKAH PERUBATAN MODEN MAMPU MENGUBATINYA ?



sumber makcikbawang.club


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah