SHOPPE

Gara-Gara Gambar Seksi Di Langkawi Reen Tutup Komen Di Instagram

Share:

Gara-Gara Gambar Seksi Di Langkawi Reen Tutup Komen Di Instagram

reen rahim bikini

"YA, memang saya tutup ruangan komen di Instagram (IG) untuk gambar percutian baru-baru ini yang di muat naik.

"Saya tutup kerana malas nak layan komen yang tidak sepatutnya," kata pelakon jelita, Reen Rahim.

Terdahulu, Reen, 31, dikatakan bercuti di Pulau Langkawi tampil berani memuat naik beberapa gambar solonya dalam percutian itu yang terlalu seksi.

Menurut pelakon yang melakonkan watak Kak Su dalam drama Pujaan Hati Kanda (PHK) itu, netizen mudah menulis apa saja sehingga boleh menimbulkan salah anggap pada orang lain.

“Lebih baik saya tutup saja ruangan komen. Jika ada yang mahu berkata perkara tidak elok, biarkanlah mereka.

“Saya muat naik gambar ini di IG untuk berkongsi dengan peminat. Bukannya untuk dijadikan bahan mengata sesetengah pihak,” katanya.

Reen atau nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim memberitahu dia selesa jadi diri sendiri dan tidak hipokrit.

Pun begitu, balik dari percutian berkenaan Reen dan keluarganya mengalami demam virus Influenza serta dirawat di sebuah pusat perubatan.

"Asalnya balik dari percutian itu, umi (ibu) yang demam dulu dan saya kenalah menjaganya.

"Tapi, bila umi dah nak sihat, saya pula dijangkiti. Jadi, saya ingatkan pada semua kalau nak keluar rumah amalkan pakai penutup hidung dan mulut," katanya.

Katanya, faktor cuaca yang terlalu panas dan tidak menentu kini tidak elok untuk kesihatan dan lebih baik mencegah sebelum terkena penyakit.

Bakat lakonan Reen baru-baru ini sangat menjadi perhatian penonton menerusi watak Suria atau Kak Su dilakonkannya dalam drama PHK di TV3.

Gambar-Gambar Seksi Reen Rahim Di Langkasi






Tampil Dengan Dress SÑ”ksi Di Langkawi, REEN RAHIM Tutup Ruang Komen IG Untuk Elak Dikecam? 





Sumber : hmetro

#reen
#reenrahim


No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah