SHOPPE

Ramai Yang Tidak Tahu Inilah 9 Selebriti Popular Yang Memiliki Anak Kembar Yang Comel

Share:

Ramai Yang Tidak Tahu Inilah 9 Selebriti Popular Yang Memiliki Anak Kembar Yang Comel



Kali ini, kami ingin kongsikan 9 selebriti yang memiliki anak kembar yang sangat comel. Ada di antara selebriti ini pasti ramai yang tidak tahu bahawa mereka memiliki anak kembar.

1. Eina Azman



Anak pasangan ini antara yang menjadi perhatian netizen. Mana tidaknya, pelakon Eina Azman dan suami dikurniakan sepasang anak kembar comel iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

2. Sazzy Falak



Pelakon dan pengacara Sazzy Falak turut memiliki anak kembar perempuan Imaan Lily dan Tiara Rose yang kini berusia 7 tahun.Sazlini binti Shamsul Falak, lebih dikenali sebagai Sazzy Falak (lahir 10 Mac 1980), ialah seorang pengacara televisyen dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana mengacara Beat TV dan juga berlakon sebagai watak Shasha dalam filem dan siri drama televisyen Gol & Gincu.

3. Zarina Zainuddin



Memiliki sepasang anak kembar autistik iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal)ternyata cabaran besar buat pelakon Zarina Zainuddin.

4. Nurul Syuhada Nurul Ain



Personaliti TV Nurul Syuhada Nurul Ain juga memiliki sepasang anak kembar comel. Pasangan kembar itu diberi nama Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan.

5. Dr. Sheikh Muszaphar


Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar dan pasangannya Dr. Halina juga baru menimang kembar lelaki comel yang diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

6. Zizie Ezette


Selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Zizie Ezette disahkan hamil anak kembar. Pada 29 Disember lalu, Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki yang diberi nama Adam dan Alif.



7. Sharifah Aleya



Mesti ramai yang tidak tahu anak sulung pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya merupakan kembar perempuan iaitu Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf yang kini berusia 9 tahun.

8. Fad Bocey



Pelawak popular Fad Bocey juga dianugerahkan kembar lelaki yang cukup comel iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan .

9. Ziana Zain


Penyanyi bersuara lantang Ziana Zian juga antara selebriti yang memiliki sepasang anak kembar yang kini berusia 9 tahun. Nama anak kembar Ziana Zain memang cukup unik iaitu Siti Nur Kasih dan Muhammad Ariel.

10 Selebriti Popular Miliki Anak Kembar Comel




sumber:rotikaya via mediabintang

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah