SHOPPE

Tak Sangka Video Awek Cantik Ini Ditonton Lebih 1.3 Juta

Share:

Tak Sangka Video Awek Cantik Ini Ditonton Lebih 1.3 Juta


Seorang gadis cantik atau dikenali sebagai Wardina Anuar Aziz Khan dipuji netizen apabila videonya tular ketika sedang live di Instagram yang mana membuatkan penonton terpukau dengan kecantikannya.

Video berdurasi 23 saat dengan menggunakan kapsyen ‘When your mom enter your Instagram live’ menerima 1.38 juta tontonan apabila ia dimuat naik di laman Twitter.

Menerima pelbagai pujian netizen, gadis ini menerusi mStar Online tidak menyangka video itu tular sedangkan dia hanya ingin berkongsi yang dianggap sekadar suka-suka sahaja.

“Ada satu pagi tu saya bangun dan dapat banyak sangat notifikasi. Wow saya terkejut. Lepas tu saya tanya ayah saya sama ada sesuatu tidak kena dengan video itu. Ayah saya cakap tak ada apa-apa, dia kata video tu comel je.

“Jadi saya biarkan video tu. Tengok-tengok je sekarang dah 1.3 juta views. Saya terkejut dah sama macam video muzik video baharu Dua Lipa. Saya pun tak sangka sampaikan dapat notifikasi dari Perancis,” ujarnya kepada mStar Online.


Bagaimanapun, gadis ini turut sedikit terkilan dengan segelintir pihak mengecamnya disebabkan video tanpa menulis kapsyen sebenar apabila diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Video Wardina Anuar Aziz Khan Mendapat Lebih Dari 1.3 Juta Tontonan






Sumber: mStar Online

#instagram
#instafamous
#wardina
#wardinaanuarr

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah